Terkini


Salam sejahtera kepada semua pelawat-pelawat yang melayari blog ini,semoga anda mendapat manafaat dan sebagai wardah perkongsian ilmu.Sebarang cadangan atau ulasan yang membina amat-amat di alukan.Terima Kasih.


Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Menjelma Lagi

Salam Ramadhan saya ucapkan kepada semua.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.


Tuesday, August 25, 2009

Senarai Zakat Mengikut Negeri

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka




Niat Puasa


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa



Doa Berbuka Puasa

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Perkara-perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa

perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa.
  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
  • Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
  • Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
  • Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
  • Kedatangan haid atau nifas.
  • Gila sekali pun hanya sekejap masa.
  • Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
  • Bersalin.
  • Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.

Tuesday, June 9, 2009

Rahsia Di Sebalik Pulau Besar, Melaka

Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar, merupakan pulau yang terbesar sekali di negeri Melaka. Terletak kira-kira 15 km dari Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri disediakan diantara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu, Umbai dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka

Pulau ini juga dipercayai mempunyai pelbagai cerita misteri serta lagenda Di pulau ini juga bersemadi beberapa Wali Allah semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi antaranya ialah Makam As-Saiyid Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a, Makam Syeikh Yusuf As-Sidiq, Makam Saiyid Ibrahim r.a, Makam Siti Sarah (juga dikenali sebagai Makam Syarifah Rodziah) serta Makam Tujuh Beradik. Terdapat juga beberapa makam yang lain antaranya Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makam Seribu dan Makam Nisan Satu.

Di pulau ini juga terdapat kawasan-kawasan misteri yang masih belum terjawab rahsia disebaliknya seperti Pokok Disula, Perigi Kaki Pulau, Istana dan Tasik Bunian, Batu Belah, Batu Tengkorak, Gua Yunus dan pelbagai tempat yang lain.

SEJARAH AWAL PULAU BESAR

Pada awal pembukaannya, Pulau Besar didiami oleh orang selat / orang laut sebelum kedatangan Parameswara sekitar tahun 1400. Semasa zaman pemerintahan Kesultanan Melaka, Pulau Besar telah berfungsi sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang untuk mendapatkan makanan, kayu api dan air bersih dan juga menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Melaka.

Pulau Besar juga dikenali dengan nama Pulau Air dan “Wu Shu” oleh pedagang China, menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang ini sebelum wujudnya Melaka sebagai pusat pemerintahan. Kapal-kapal dagang berhenti di sini untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang ditujui.

Menurut Ma Huan, seorang pembantu Laksamana Cheng Ho, pelaut-pelaut China akan melawat ‘Wu Shu’ dan berlabuh dan berehat serta mendapatkan bekalan. Masyarakat nelayan selat yang menetap di muara Sungai Melaka membawa ikan kering dan lain-lain barang dagangan untuk ditukar dengan keperluan mereka.

Pulau Besar juga menjadi pusat tumpuan di seluruh Kepulauan Melayu kerana didiami oleh ramai ulama’ yang berperanan mengembangkan Agama Islam suatu masa dahulu. Pulau Besar juga dicatatkan menjadi pusat melancarkan serangan bagi orang-orang Melayu yang berusaha merampas semula Melaka dari Portugis setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.

AS-SAIYID SULTAN AL-ARIFIN SYEIKH ISMAIL (R.A)

Nama sebenar ialah Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya bernama As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir serta ibunya bernama Sayyidah Fatimah. Moyang beliau Sultan Al-Awliya’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, seorang Wali Allah yang sangat termashyur di seluruh dunia. Beliau juga dikenali sebagai Wali Lanang di Kepulauan Melayu.
Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarahi Makam Nabi, beliau telah mendengar satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ajaran Islam ke Kepulauan Jawa. Beliau kemudiannya mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama 16 orang sahabat pada tahun 1495M (900H) antaranya guru beliau Syeikh Yusuf As-Sidiq serta saudaranya Saiyid Ibrahim (r.a). Di Pulau Besar ajaran Islam berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai di seluruh Kepulauan Melayu termasuk India, Samudera Pasai, Champa, Kelantan dan di seluruh Kepulauan Melayu. Antara murid beliau yang sangat masyhur ialah Raden Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) serta Raden Paku (Sunan Giri).

Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) meninggal dunia pada 17 Rabiulawal tahun 925H ketika berusia 58 tahun serta dikebumikan di sini. Makam ini juga menjadi tumpuan utama pengunjung di Pulau Besar bagi menghargai jasa dan sumbangan besar Allahyarham ketika mengembangkan agama Islam di seluruh Kepulauan Melayu suatu ketika dahulu.

MAKAM AL-MURSYID SYEIKH YUSUF AS-SIDIQ

Syeikh Yusuf As-Sidiq merupakan seorang Syeikh Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadith nabi Muhammad SAW. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran beliau namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) menyebarkan agama Islam di Kepulauan Melayu pada tahun 1495.

Beliau merupakan guru kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Diriwayatkan sepanjang hidupnya beliau hanya berpuasa semenjak berumur 9 tahun sehinggalah beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.

MAKAM SAIYID IBRAHIM (R.A)

Nama sebenar ialah Saiyid Ibrahim Ibn Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Merupakan abang kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Isteri beliau bernama Siti Sarah, puteri kepada Syeikh Yusuf As-Sidiq.

Saiyid Ibrahim (r.a) sangat cintakan Islam serta menghabiskan seluruh hayatnya bagi mengembangkan ajaran Islam di seluruh Kepulauan Melayu bersama abangnya.

MAKAM SYARIFAH RODZIAH

Makam ini juga dikenali sebagai Makam Siti Sarah, isteri kepada Saiyid Ibrahim (r.a). Nama sebenar beliau ialah Siti Sarah ibn Syeikh Yusuf As-Sidiq. Merupakan seorang wanita yang sangat taat kepada agama Islam. Disebabkan kecintaan yang sangat mendalam kepada Islam, beliau turut bersama bapanya serta Sultanul Arifeen Assyaikhul As Syed Ismail (r.a) didalam mengembangkan ajaran Islam di Kepulauan Melayu.

Ketika hidupnya juga beliau disifatkan seorang yang zuhud sertatinggi ilmunya. Dikatakan Siti Sarah sering mengikuti majlis ilmu bersama bapanya. Ada ketikanya ketika Syeikh Yusuf As-Sidiq terlupa sesuatu permasalahan, Siti Sarah bersuara menegur serta memperingatkan perkara yang terlupa oleh bapanya.

Beberapa percubaan untuk membina bangunan di makam ini telah dilakukan namun kesudahannya musnah dipikul ribut. Dikatakan Siti Sarah tidak mahu binaan di makamnya seperti mana ketika hayatnya dahulu yang tidak berumah.



Monday, June 1, 2009

Ilustrasi Fansuri



Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Allah Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.


Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.

Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Allah. Itulah Falsafah Hidup.
Related Posts with Thumbnails