Terkini


Salam sejahtera kepada semua pelawat-pelawat yang melayari blog ini,semoga anda mendapat manafaat dan sebagai wardah perkongsian ilmu.Sebarang cadangan atau ulasan yang membina amat-amat di alukan.Terima Kasih.


Friday, July 30, 2010

Pencarum KWSP boleh beli rumah bernilai tinggi





Bank nilai kemampuan individu berdasarkan jumlah simpanan

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Ogos ini, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang belum mengeluarkan caruman untuk membeli kediaman atau mendapatkan pengurangan pinjaman perumahan berpeluang membeli kediaman bernilai lebih tinggi menerusi kemudahan Pengeluaran Kediaman Fleksibel.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, berkata kemudahan itu diperkenalkan bagi membolehkan ahli yang layak mempunyai kuasa beli lebih tinggi kerana institusi kewangan boleh menilai kemampuan mereka yang mahu membuat pinjaman.

Beliau berkata, kemudahan itu tidak akan menjejaskan simpanan ahli kerana wang caruman tidak dikeluarkan, sebaliknya hanya diasingkan dan akan terus menerima dividen tahunan daripada KWSP.
Bagaimanapun wang berkenaan tidak boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran prapersaraan lain seperti Perumahan, Pendidikan, Kesihatan dan Umur 50 Tahun sebelum tamat tempoh kemudahan pengeluaran ini.

Antara syarat pengeluaran ialah pencarum berusia tidak lebih 54 tahun ketika membuat permohonan dan belum pernah membuat Pengeluaran Membeli Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP.

“Simpanan semasa dan simpanan masa depan ahli KWSP akan diberi pertimbangan ketika pencarum memohon untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan.

“Setiap permohonan pula perlu disertakan bersama borang permohonan Pengeluaran Membeli Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP,” katanya.
Pencarum yang ingin membatalkan kemudahan ini selepas membuat pengeluaran hanya boleh berbuat demikian selepas setahun dari tarikh kelulusan dan perlu mendapat persetujuan daripada institusi kewangan.

Katanya, kemudahan yang ditawarkan itu sebagai usaha menyokong objektif kerajaan meningkatkan kualiti hidup rakyat sejajar dengan semangat 1Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2010.

Setakat ini katanya, Maybank dan Public Bank mengesahkan bersedia mengambil bahagian dalam Pengeluaran Perumahan Fleksibel dan menjangka lebih banyak bank akan menyusuli.

Bagi maklumat lanjut sila layari laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi pusat panggilan KWSP di talian 03-89226000.

-Petikan Dari Berita Harian

Wednesday, July 28, 2010

Dr M: Kod etika jadikan blog, penulis lebih dihormati


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penulis blog dan pengamal media sosial menggunapakai kod etika sendiri. Katanya kod berkenaan hendaklah digunapakai secara sukarela supaya media baru berkenaan dihormati.

"Pastikan apa yang ditulis beralaskan kebenaran," katanya ketika menyampaikan ucap utama dalam persidangan penulis blog dan media baru Asian di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir ketua pegawai eksekutif (CEO) Air Asia Datuk Seri Tony Fernandes dan hartawan Vincent Tan. Menurut Dr Mahathir, beliau mencadangkan perkara itu supaya kewibawaan media baru dipastikan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pihak media konvensional. "Akhbar ini (ruangnya) terbatas, tidak semua apa yang kita cakap dilaporkan. Ini disebabkan masalah ruang, antaranya bagi menempatkan iklan," katanya. Dr Mahathir menegaskan, penulis blog harus bertanggungjawab dalam laporannya dengan melaporkan "seperti yang sebenarnya" dan mengelakkan menggunakan pendekatan jahat hanya kerana tidak suka kepada sesuatu pihak.

Walaupun bertambah baik, beliau mengakui kebebasan media di negara ini masih dikawal, bukan sahaja oleh kerajaan tetapi pelbagai pihak termasuklah pengarang, pemilik akhbar dan agensi pengiklan. Dalam nada mengeluh, beliau bercerita pernah menjadi mangsa black out (digelapkan) daripada media sebelum ini dan kenyataannya dilaporkan tidak tepat, malah bertentangan dengan apa yang diutarakan. "Saya dulu (semasa menjadi perdana menteri) pun pernah black out (isu). Tetapi ia untuk tujuan yang baik," katanya berseloroh, disambut ketawa sebahagian besar hadirin. Sementara itu, menyentuh soal penapisan internet, Dr Mahathir berkata walaupun pada mulanya beliau berpendapat internet tidak perlu ditapis, beliau kini mempunyai pandangan baru. "Walaupun kita dulu berjanji tidak tapis internet, tetapi ada beberapa perkara perlu ditapis seperti akses pada pornografi," katanya yang memulakan blog sendiri selepas bersara sebagai perdana menteri. "Macam-maca yang tidak pernah didengar sebelum ini, sampai ada bayi dan perempuan tua dirogol. Macam saya sudah tua, saya tidak teruja (dengan laman lucah) lagi."

-petikan Malaysiakini.

Friday, July 16, 2010

Persatuan Pengguna



FOMCA adalah sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik. Ia menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.

Keutamaannya bukan sahaja nilai untuk wang tetapi juga nilai untuk manusia. FOMCA berusaha untuk mempertingkatkan melalui kuasa beli pengguna, pembangunan berasaskan keperluan yang memastikan keadilan sosio-ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua Rakyat


Objektif FOMCA

FOMCA ditubuhkan dengan tujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

1.Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia.
2.Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna.
3.Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua.
4.Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia

Falsafah FOMCA

FOMCA bukan hanya sebuah pertubuhan pengguna, tetapi juga sebuah pertubuhan pembangunan. FOMCA inginkan mewujudkan keadaan-keadaan seperti berikut:

1.Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan ialah Perlindungan Sendiri."
2.Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir.

Peranan FOMCA

Demi mencapai falsafah-falsafah di atas, FOMCA mengamalkan empat pendekatan penting iaitu:

1.Sebuah badan yang memberi dan menyebarkan maklumat.
2. Sebuah badan pendidik yang memberi pendidikan kepada semua pengguna.
3.Sebuah badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna.
4.Sebuah badan yang menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar

Padi



Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu ditanam dengan cara yang teratur.

Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.

Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.

Padi sawah yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi.

Padi yang telah diproses dan dibuang kulit dikenali sebagai beras. Pada masa dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi sebagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu. Selain itu para petani akan bertukar-tukar masaalah, teknik dan pengetahuan mengenai penanaman padi yang baru dituai, sama seperti pesta pertanian di masa kini.

Kaedah Penanaman Padi Dalam penanaman padi terdapat 2 kaedah yang digunakan iaitu kaedah menanam (transplanting) dan tabur terus(direct seeding).

Thursday, July 15, 2010

Dari Sudut Mata...........

Terasa best plak tengok gambar-gambar mcm nie.Terasa tenang ja..Begitu indahnya ciptaan Allah..Maha bagi segala-galanya..






Ibadah


Haji Badal (Upah Haji)

(Bagi Yang Uzur atau Telah Meniggal Dunia)

Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh." Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak wajib."

Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh, maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya.

Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mayit. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.

Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan."

Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."

Upah : RM2000 seorang
Pendaftaran : Daftar di sini ( http://www.umrah-ziarah.com/daftarbadalhaji.php )

Kami menawarkan menawarkan perkhidmatan upah haji bagi orang yang telah meninggal dunia dan uzur. Badal Haji(upah haji) ini akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar dan petugas-petugas Malaysia/Pattani yang berada di Mekah dan Madinah.
HADIAH & CENDERAHATI SETELAH SELASAI HAJI

* Sijil Badal Haji
* Mushaf Al Quran
* Kain Tudung Wanita
* Kain Serban Lelaki
* Kopiah
* Tasbih
* Minyak Wangi
* Celak


Proses Perlaksanaan

1. Pendaftaran Online.( http://www.umrah-ziarah.com/daftarbadalhaji.php )
2. Pembayaran Terus ke akaun atau Temujanji.
3. Pengesahan penerimaan bayaran.
4. Perlaksanaan Haji semasa musin haji pada tahun yang berkenaan.
5. Penghantaran Sijil Pengesahan dan hadiah dari pelaksana badal haji. (Sekurang-kurangnya sebulan selepas musim haji berlalu)

Semoga ALLAH SWT mengurniakan haji yang mabrur kepada orang yang dihajikan, Amin.

Pc Desktop Terkecil

CPU PC Desktop yang kecil dan mini ini hanya berukuran hanya 2 x 2 x 2.2 inci dan menjadikannya PC Desktop mudah dibawa kemana-mana dan boleh dimasukkan dalam kocek anda. PC desktop super mini ini menggunakan sistem operasi Linux.

Spesifikasi PC Desktop ini:

300 mhz atom
64MB of SDRAM
external video connector
supports 1280 x 1024 resolution.
Flash memory card slot
USB port
Ethernet
serial port.

Taharah / Bersuci

1. Definisi :

i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.

2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.

3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.

4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :

" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... "

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "

5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.

6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .

7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.

8. Syarat wajib taharah ialah :

* Islam
* Berakal
* Baligh
* Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
* Tidak lupa
* Tidak dipaksa
* Berhenti darah haid dan nifas
* Ada air atau debu tanah yang suci.
* Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.

9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.

10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:

Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "

11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.

12. Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah:

* Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.
o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.
* Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah:


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ”
(Surah Al-Nisa’, 4:43)

3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.

4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.

Rujukan Kitab :

1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.

Tuesday, July 13, 2010

Alhamdulillah Syukur


Hari ni serba tak kena ja..Kerja semua dah siap..tp rasa boring sangat-sangat..macam ada yang tak kena ja...Sambil layan boring terdengar lagu Alhamdulillah nyanyian Too Phat kat Radio..Terasa hilang boring..Apa lagi terus bukak youtube cari lagu Alhamdulillah..setiap sebutan yang terdapat dapat lirik tersebut mempunyai maksud yang tersirat ngan tersurat..Dapat ilham terus post kat Blog....Terasa hilang rasa boring..Syukur Alhamdulillah...

Lirik Lagu Alhamdulillah
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

(Yassin)

ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

(Malique)

merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

(Joe Flizzow)

jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

(Ahli Fiqir)

aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

(Dian Sastro)

sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....


Harapan


1. Marilah kita bersaudara kerana ALLAH.

Alangkah perlunya kita bersaudara kerana Allah semasa kita berjalan bersama di atas jalan dakwah untuk memperteguh ikatan di antara kita sebagaimana yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. tatkala baginda mempersaudarakan di antara Muhajirin dengan Ansar. Mereka telah membuat contoh yang indah dan agung tentang cinta dan ikrar yang mengutamakan saudaranya lebih dari dirinya sendiri. Peganglah wahai saudaraku tangan saudaramu di atas jalan dakwah dengan pegangan yang penuh cinta, ikrar dan kasih sayang dengan sepenuh kekuatan tanpa melepaskannya di waktu kegawatan atau di waktu susah atau di waktu berkecamuknya fitnah dan ujian atau di waktu terjadinya berbagai peristiwa. Junjungan kita yang tercinta Nabi Muhammad s.a.w telah menggalakkan dan mendorong kita supaya berbuat demikian.

“Orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah laksana bangunan yang sebahagiannya

menyokong sebahagian yang lain “.

Oleh kerana itu hai saudaraku, kenalilah saudara-saudaramu, bersatu-padulah, nasihat menasihatilah dan tegur menegurlah dengan cara terbuka. Tanggung menanggunglah dan berkasih sayanglah, dan jadilah kamu bersaudara.

2. Marilah kita saling ingat-mengingati diantara kita.

Alangkah perlunya kita saling ingat-mengingati tatkala kita berjalan di atas jalan dakwah kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman. Marilah kita saling ingat-mengingati bahawa kewajipan yang menghimpunkan kita di atas jalan dakwah, tidak ada pilihan lain lagi bagi kita melainkan itu sahaja. Sesungguhnya Islam mewajibkan ke atas kita untuk melaksanakan segala ajarannya. Hendaklah kita ingat ketika kita berada di atas jalan dakwah, bahawa kita menyeru manusia kepada perkara yang paling baik dari segala yang diserukan orang kerana kita menyeru manusia kepada Allah:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri”. Fussilat: 33

Sesungguhnya kita dengan Islam ini telah menjadi guru dunia yang mempunyai kemuliaan pimpinan:

“Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat Islam, umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agarRasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”. Al-Baqarah: 143

Hendaklah kita ingat wahai saudaraku, di samping itu semua, bahawa sebenarnya Allah itu

Maha Kaya dari kita dan jihad kita. Dan kitalah yang berhajat kepadaNya dan berhajat kepada limpah kurniaNya dan pahalaNya.

“Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam “. Al-Ankabut: 6

Hendaklah kita ingat bahawa apabila kita berjuang di medan dakwah, maka kita tidak akan memperoleh yang lainnya iaitu apabila kita tidak memperjuangkan dakwah, maka dakwah itu tetap berjalan dan berlaku. Maknanya jika kita tidak memperjuangkan Islam, Islam itu akan tegak juga,islam tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan lslam. Jika kita tidak berjuang, InsyaAllah, akan ada orang lain yang lebih baik dari kita.

3. Marilah kita saling wasiat-mewasiati

Hendaklah kita saling berwasiat dengan kebenaran yang telah menyatukan kita di atas jalan dakwah Islam dengan berpegang teguh kepada kebenaran dan menghayatinya. Janganlah kita berpaling darinya. Kita mesti menjaga dan mempertahankannya untuk diwariskan kepada generasi yang akan menggantikan kita tanpa menyelewengkannya dan merubahnya dan tidak memecah-mecahkan kepada beberapa bahagian. Hendaklah kita saling berwasiat dengan kesabaran, sabar menanggung kesusahan di sepanjang jalan dakwah, tabah mengharungi berbagai-bagai rintangan dan memelihara diri dari segala penyelewengan. Lalu kita berjalan di atas ilmu dan pandangan yang benar dan jitu dengan mata terbuka dan terang, kefahaman yang sempurna terhadap manhaj perjalanan ini. Dengan keazaman yang teguh dan kemahuan yang kuat, amal yang tetap dan berterusan untuk masa depan yang cemerlang untuk dakwah ini dengan menilai bagaimana beratnya amanah ini dengan mengambil iktibar dan pengajaran dari berbagai-bagai peristiwa dan keadaan-keadaan masa lalu dan sedang berlaku sekarang. Hendaklah kita wasiat mewasiati dengan meluangkan masa dan berkorban di jalan dakwah kerana dakwah Islam itu menuntut dari diri saudara dan apa-apa yang ada pada saudara semuanya dan tidak cukup dengan mengorbankan sebahagian sahaja. Penggabungan diri kita di dalam jalan dakwah ini menuntut supaya kita menggabungkan dengan sepenuhnya hingga ke titik penghabisan hidup kita, bukan penggabungan yang sementara dan sebahagian sahaja. Kita telah mengikat satu perjanjian teguh dengan Allah bahawa kita akan menyerahkan harta dan jiwa kita. Kita akan menyerahkan segala nikmat kurnia Allah yang diberikan kepada kita untuk Allah, untuk dakwah Islam supaya Dia mengurniakan syurga yang seluas langit dan bumi kepada kita:

“Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jualbeli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar”. At-Taubah: 111

Sekiranya saudara sanggup dan mampu menyerahkan waktu, usaha, harta dan fikiran

saudara untuk dakwah ini, buatlah dan janganlah saudara bimbang lagi, kerana bila saudara berbuat demikian, saudaralah yang berjaya dan beruntung:

“Dan apa-apa yang kamu usahakan dari kebaikan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan “. Al-Baqarah:110

Adapun orang yang bakhil dengan sesuatu dari yang demikian maka dialah yang tertipu dan rugi:

“Dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepadaNya), dan jika kamu berpaling nescaya Doa akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)”. Muhammad: 138

Bergembiralah wahai saudaraku dan berbahagialah saudara tatkala mendapati waktu saudara dipenuhi dengan amal untuk dakwah, daya dan tenaga saudara dihabiskan dan dikorbankan di bidang dakwah Islam ini kerana itu adalah dari kurnia Allah ke atas saudara:

“Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan RahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan RahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”. Yunus:58

Masa itu adalah kehidupan dan kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada seperti

yang pernah dikatakan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Hendaklah kita wasiat mewasiati dengan ikhlas kerana Allah kerana tiada keselamatan bagi kita dan tiada hasil bagi amalan kita kecuali dengan ikhlas niat dan tujuan kita kerana Allah semata-mata. Allah s.w.t tidak menerima suatu amalan kecuali yang ikhlas kerana Allah.

“Katakanlah: “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama”. Az-Zumar: 11

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan salat, dan menunaikan zakat, dan yang demikian itu adalah agama yang lurus”. Al-Bayinah: 5

Wahai saudaraku sentiasalah memeriksa hati saudara dan bersihkanlah dia dari segala bahaya. Rendahkanlah diri kepada saudara-saudaramu di atas jalan dakwah, berlemah lembutlah dengan mereka. Tawadhuklah kepada mereka dan janganlah merelakan diri saudara bersikap sombong kepada saudara-saudaramu. Janganlah menonjol-nonjolkan diri sebab yang demikian itu memusnahkan tulang belakang!

Kenali dan fahamilah taraf diri sendiri dan taraf saudara-saudaramu. Saudara, jauhilah dari terpedaya dengan diri sendiri. Ini akan menjauhkan saudara dari barisan dan kawan-kawan juga menjauhkan saudara dari jalannya. Hendaklah saudara sentiasa memulangkan segala kemuliaan itu bagi Allah di dalam segala kebaikan dakwah yang tercapai melalui usaha saudara. Janganlah menganggap bahawa ilmu yang ada pada saudara, kemampuan atau kekuatan peribadi adalah hak saudara semata-mata kerana sesungguhnya tiada kekuatan kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Hendaklah kita wasiat mewasiati supaya kita sama-sama memikul tanggungjawab dan tugas kita terhadap dakwah, supaya bangun dari tidur yang nyenyak dan menjauhkan diri dari corak hidup bermewah-mewah dan bermalas-malas, tetapi hendaklah sentiasa berfikir dan sibuk dengan urusan dakwah. Dakwah ini adalah segala-galanya dalam hidup kita. Kita sentiasalah berfikir dan berusaha melaksanakan sesuatu yang boleh menjayakan kepentingan dakwah dan kepentingannya dan menolak bahaya daripadanya.

Hendaklah kita faham bahawa setiap dari kita berada di tiap-tiap penjuru dakwah yang penting, janganlah dakwah itu dirosakkan dari penjuru kita. Hendaklah kita wasiat mewasiati, supaya kita memperbanyakkan bekalan di atas jalan dakwah ini dan sebaik-baik bekalan ialah takwa kepada Allah. Itulah yang menguatkan kita untuk memikul segala kesusahan dan kesulitan di atas jalan dakwah ini, yang memelihara kita dari tergelincir di tempat-tempat licin, yang menolong kita menempuh segala rintangan.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya”. Al-A’raaf: 201

4. Hendaklah kita tetap diatas jalan dakwah.

Hai saudaraku! Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah supaya tidak tergelincir setelah mantap. Hendaklah kita berjalan terus menerus di atas jalan ini. Janganlah kita merasa jemu berjalan setiap waktu di setiap tempat segala suasana walaupun keseorangan tersisih jauh di muka bumi. Hendaklah kita merasa-rasa penyertaaan Allah, sebab Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong. Janganlah jemu berjalan di atas jalan dakwah walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan, tidak melihat hasil dan buah amal usaha dan jihad saudara. Kerana Allah tidak menghisab hasil-hasil kerja kita, tetapi Allah menghisab di atas usaha dan niat kita.

Hendaklah kita tetap beristiqamah wahai saudaraku sekalipun tidak terdedah kepada bermacam-macam gangguan dan rintangan. Walaupun kebatilan sentiasa mengancam, menakut-nakutkan atau menggertak kita, sebab kita mempunyai contoh teladan yang paling baik dari Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Hendaklah kita menghayati firman Allah:

“Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa”. Al-Baqarah: 177

Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah wahai saudaraku dan tidak menjauhkan diri daripadanya walau sejengkal pun sehingga kita mati ketika berada di atas jalan itu tanpa menukar, merubah atau memungkiri janji kita terhadap Allah.

Monday, July 12, 2010

Pheonix Bangkit Dari Abu Dan Sahabat Gua



``Hikayat peribumi melagukan tentang unggas ini yang menemui ajalnya setiap seratus tahun, terbakar dan sirna menjadi abu. Namun, kematian itu hanya sebagai metafora kepada kelangsungan hayat seterusnya - seekor phoenix baru akan bangkit dari abu tersebut,''
(-M Nasir-)

Lirik Lagu Pheonix Bangkit Dari Abu

Bina jambatan menuju ke seberang ...
Melangkah jurang lebar dan dalam ....
Dengan darah dan keringat ...
Dengan airmata berpegang pada taliNya ....
Rapatkan saf semangatmu jangan goyah ....
Kota yang telah roboh harus dibina? .....semula...
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris .....
Semua serangan yang datang kita tangkis .....
Jangan kau gentar pada bayang2 sendiri ...
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti ..
Bagaikan burung phoenix bangkit dari abu...
Bangkit membina satu keindahan baru....

Phoenix bangkit....
Bina jambatan menuju ke seberang....
Dengan darah keringat dan air mata.... ooo
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan..
Dirindukan..
Demi cinta tiada lain..
Demi cinta...


Dalam mitologi Mesir adalah burung legendaris yang keramat. Burung Api ini digambarkan memiliki bulu yang sangat indah berwarna merah dan keemasan.

Phoenix dikatakan dapat hidup selama 500 atau 1461 tahun. Setelah hidup selama itu, Phoenix membakar dirinya sendiri. Setelah itu, dari abunya, munculah burung Phoenix muda. Siklus hidup burung Phoenix seperti itu (regenerasi), bangkit kembali setelah mati, lalu muncul sebagai sosok yang baru.

Phoenix merupakan simbol dari keabadian, lambang dari siklus kehidupan setelah mati, dan simbol dari kebangkitan tubuh setelah mati.



Lirik Lagu Sahabat Gua

Berapa banyak bintang di langit
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati

Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali

Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran

Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu-dulu
Lagu marhaen sederhana
Disini tiada duka
Terima saja dengan redha

Kerana pegangan
Engkau hadapi
Dugaan ini ya Sahibul Kahfi

Kamil !
Kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padaNya

Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan

Pelayaran “Sahabat Gua”
Niat kami, nak lari dari kesibukan bandar, nak lari dari tingkahlaku manusia yang kotor, nak cari damai di tempat terasing, nak cari jalan menggapai redha Allah. Seperti Nabi berkhalwat di Gua Hira’, seperti Ashabul Kahfi yang lari ke satu gua demi menyelamatkan iman. Kami nak jadi “Sahabat Gua”. Cadangan kami nak beribadah di tempat sunyi itu, sambil menikmati pemandangan sekeliling, melihat keagungan ciptaan Allah.

Dunia Semakin Kecil

Lagu ini sepatutnya ditujukan buat Sahabat Gua. Dunia merekalah yang semakin kecil. Mereka makin sukar untuk mencari gua yang sempurna bagi menyempurnakan niat suci mereka.

Rasulullah saw bersabda; “ Cabang iman itu terdapat 63 bahagian. Sedang malu itu sebahagian daripada iman.” (Bukhari:9 & Muslim:151)



Syaaban


Pendahuluan

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Fadhilat Syaaban



Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

* Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

* Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

* Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Monday, July 5, 2010

Peristiwa-peristiwa Penting Di Bulan Rejab



Assalamualaikum... rasa macam sekejap saja di bulan rejab..dah nak habis bulan rejab..nak masuk bulan Syaaban..pada 10.07.2010 bersamaan 27 Rejab 1431 berlakunya Isra’ Mi’raj..kita hayati peristiwa-peristiwa di bulan Rejab..


Pengertian Bulan Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.



Peristiwa Penting Di Bulan Rejab

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.


1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.


2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah,
Pusat Zakat N. Sembilan)


3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.


5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.



Friday, July 2, 2010

HALUAN Palestin


HALUANPalestin adalah satu usaha Biro Pemuda HALUAN Malaysia untuk mendokong perjuangan membebaskan Palestin daripada pencerobohan dan kekejaman rejim zionis Israel laknatuLlah.

Objektif:

Membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar mengambil berat terhadap perjuangan bangsa Palestin meraih kemerdekaan, khususnya dalam menjaga kesucian Masjid Al-Aqsha.

Peranan:

  • Membantu perjuangan bangsa Palestin untuk bebas dari penjajahan Zionis Israel dalam bentuk sokongan moral mahupun material.
  • Menanamkan serta membangun semangat Ukhuwah Islamiyah rakyat Malaysia terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
  • Membantu penyebaran informasi tentang perkembangan semasa rakyat Palestin dan masjid Al-Aqsha.
  • Mewujudkan tabung dana Palestin untuk disalurkan kepada pihak berkewajipan di Palestin untuk meringankan beban mereka.
  • Mewujudkan projek-projek kebajikan samada dalam bentuk pendidikan atau perkhidmatan kepada mangsa pelarian Palestin di persempadanan.

Ingin Menyumbang?


Anda boleh menyumbang bantuan kewangan melalui

Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528

Keterangan lanjut hubungi Sdr. Sabri Ibrahim (019-2395799.)

Bagaimana Sumbangan Anda Akan Disampaikan ke Palestin?

HALUAN bekerjasama erat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN,) Jabatan Perdana Menteri dan juga Wisma Putra, Kementerian Luar sebagai sebuah NGO berdaftar yang komited membantu mangsa-mangsa bencana secara sukarela dan telus.

Sebagai memikul amanah bagi mewakili mereka yang penuh ikhlas menyumbang infaq kepada saudara/i Palestin kita yang teraniaya, InsyaALlah HALUAN akan menyampaikan semua sumbangan secara terus kepada rakyat Palestin melalui kerjasama beberapa NGO tempatan di Palestin yang dipercayai. Sebagaimana pada tahun 2008, di mana delegasi HALUAN yang diketuai oleh Presiden HALUAN telah menyampaikan sendiri bantuan sebanyak USD 10ribu kepada rakyat Palestin secara terus. Manakala pada 12 Februari 2009, HALUAN telah menyerahkan bantuan melalui wakil Kerajaan Palestin di Gaza, Dr Sami Abu Zuhri, di Kuala Lumpur sebanyak RM100ribu.

InsyaALlah, HALUAN dengan kerjasama dari pihak kerajaan dan rakan-rakan NGO prihatin yang lain akan terus menyumbang kepada usaha pemulihan dan pembelaan rakyat Palestin melalui projek-projek keperluan strategik dan jangkamasa panjang, menyalurkan sepenuhnya sumbangan ikhlas yang diamanahkan oleh masyarakat.

Sumbangan-sumbangan lain.

Sumbangan artikel atau menyatakan pandangan, sila email ke:

sekretariat.haluanpalestin@gmail.com




Thursday, July 1, 2010

Larangan Berjudi




SEBELUM kempen piala dunia bermula hinggalah ke hari ini, isu judi bola tetap menjadi buah mulut masyarakat. Ia bertambah rancak selepas sepak mula Piala Dunia 2010 antara pasukan Afrika Selatan menentang Mexico. Bermula dari saat itulah, isu ini kian dibincangkan.

Tidak dinafikan penulisan demi penulisan diterbitkan di akhbar mengingatkan umat akan bahaya judi. Atas dasar inilah Allah SWT mengingatkan hamba-Nya dalam firman yang bermaksud: “Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang beriman.” (Surah al-Zariyaat, ayat 55).
Umat Islam wajib percaya al-Quran adalah kalamullah yang benar. Apabila Allah SWT memberi amaran bahaya judi, ia pasti akan terbukti.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian sesama kamu melalui arak dan judi serta menjauhkan kamu daripada mengingati Allah dan solat. Maka berhentilah kamu (dari perbuatan itu).” (Surah al-Maidah, ayat 91).

Ancaman Allah SWT terbukti dengan kes dipapar di media, terbaru di mana seorang lelaki bukan Islam membunuh diri dengan menikam dadanya kerana kalah judi menjelaskan kebenaran wahyu Ilahi.

Beberapa tangkapan turut dibuat pihak polis menerusi ‘Ops Soga’ terhadap bookie yang mengendalikan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010.

Di kala kita sibuk membicarakan mengenai judi bola membabitkan ramai mereka bukan Islam ditangkap, adakah kita sedar umat Islam turut terbabit kegiatan judi nombor ekor. Lihat saja betapa ramai umat Islam membeli nombor ramalan.
Ada juga tergamak membelinya sambil dilihat ahli keluarga yang menunggu di kenderaan. Tidak kurang, membeli nombor melalui sistem pesanan ringkas.

Sesungguhnya tiada yang dapat dibanggakan insan yang menganggap dirinya bertuah hanya dengan memenangi judi. Keseronokan bersifat sementara itu akan lenyap sekelip mata. Mana tidaknya, setiap rezeki diperoleh dengan jalan haram pasti tiada kebaikannya.

Ini jelas apabila Allah SWT sendiri mengingatkan bahawa judi itu membawa kepada permusuhan, kebencian sesama manusia dan menjauhkan insan dari Allah SWT.

Umum mengetahui tabiat buruk ini satu gejala yang menjadikan kaki judi ketagih dan tidak pernah serik. Ketagihan menyebabkan ekonomi sesebuah keluarga lumpuh.

Duit habis di kaunter dan meja judi, perintah Allah SWT diabaikan, keperluan anak dan isteri tidak dipenuhi, hati menjadi keras seperti batu dan kerap berhutang antara kesan buruk daripada judi.

Rezeki dikurniakan Allah SWT harus dibelanjakan sebaiknya, bukan ke jalan haram seperti judi. Ia patut dikongsi bersama keluarga kerana nafkah untuk mereka adalah satu kewajipan bahkan ia peringkat tertinggi dalam bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Satu dinar yang engkau sedekahkan untuk jihad (perang) di jalan Allah, dan satu dinar yang engkau sedekahkan untuk membebaskan hamba, dan satu dinar yang engkau sedekahkan untuk si miskin, dan satu dinar yang engkau sedekahkan untuk keluargamu, maka pahalanya yang terbesar ialah apa yang engkau sedekahkan untuk keluargamu.” (Hadis riwayat Muslim).

Justeru, tindakan perlu diambil pihak berwajib dan anggota masyarakat bagi membendung masalah ini. Ia boleh bermula dengan penerangan kepada masyarakat bahaya judi, pemantauan berterusan hinggalah tindakan tegas pihak berkuasa agama.

Jika seruan membayar zakat bersungguh dilaksanakan meningkatkan ekonomi, maka perkara sama juga boleh dilakukan demi menyelamatkan ekonomi keluarga Islam.

Sesungguhnya pengharaman judi adalah salah satu rahmat dibawa oleh Islam dan ia hanya dirasai umat dengan berusaha membanterasnya. Jika bukan umat Islam yang bersungguh memerangi judi yang berleluasa dalam masyarakat, siapa lagi yang akan lakukannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita memperlihatkan keindahan Islam itu di mata ‘orang lain’.

Oleh Abu Abdillah al Basri
2010/07/01

Puasa Sunat

Puasa adalah ibadat yang berkesan sekali dalam mengendalikan hawa nafsu sekaligus dapat menyinari hati dan mendidik seluruh anggota sehingga ke martabat taqwa, kerana puasa yang sebenar-benarnya bukan hanya menahan perut dan kemaluan serta mengecap keinginan syahwat bahkan mengekang pancaindera daripada melakukan perkara-perkara dosa dan haram. Akhirnya berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran keduniaan yang boleh memesongkan perhatian selain Allah.


Di dalam Islam di samping puasa fardhu yang diwajibkan di bulan Ramadan, ada disyariatkan juga puasa-puasa sunat yang dikerjakan di luar bulan Ramadan. Puasa sunat mempunyai beberapa perbezaan daripada puasa fardhu yang dikerjakan di bulan Ramadan dari berbagai-bagai segi. Di antaranya:

1. Orang yang dalam mengerjakan puasa sunat atau lain-lain perkara yang sunat seperti sembahyang kecuali haji dan umrah adalah harus baginya memutuskan (tidak wajib menyempurnakan) puasanya itu berdasarkan sabda Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: "Orang yang dalam berpuasa sunat itu adalah raja bagi dirinya, jika dia mahdia berpuasa dan jika dia mahu dia berbuka." (Hadits riwayat Imam Ahmad)


2. Tidak disyaratkan berniat di malam hari dalam mengerjakan puasa-puasa sunat kerana akhir waktu untuk berniat bagi puasa-puasa sunat itu adalah sebelum tergelincir matahari (waktu zuhur) berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepadaku pada satu hari: "Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu (untuk dimakan)?" Aisyah berkata, aku berkata: "Wahai Rasulullah! Tidak ada di sisi kita sesuatu pun (untuk dimakan)" Baginda bersabda: "(Jika begitu) maka aku berpuasa. (Hadits riwayat Muslim)


Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di dalam bulan Syawal. Ia boleh dikerjakan berselang seli di dalam bulan Syawal, tetapi mengerjakannya berturut-turut selepas hari raya adalah terlebih afdhal. Diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun." (Hadits riwayat Muslim)
Related Posts with Thumbnails