Wanita Yang Derhaka Kepada Allah
Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada
Allah, dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah
sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-sebab mereka
derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah,
maka kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal
sepenuhnya oleh iblis laknatullah.Inilah gambaran wanita atau isteri
yang akhirnya dicintai Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan
iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran
rumah tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan gambaran
rumah tangga yang penuh kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam
neraka.
1. Tidak Mengenal Allah
Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu
belajar. Jika tidak mahu berusaha belajar tentang ilmu mengenal Allah,
tidak mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan sepenuh hati. Ia
kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila kita sudah
tidak mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan
kita, seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga kita melakukan
sebarang perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan
habuan dari iblis.
2. Cinta dunia, takut mati
Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut
menghadapi mati. Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan
takut berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan aturan-Nya
dalam kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini,
dengan sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah,
malah merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa
Allah dan tanpa cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi
segala yang dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’
mendapat apa yang dimahukan dari suami. Tidak salah mencari nimat dunia
tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat
dan nikmat itu seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.
3. Hati yang Kotor
Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat
keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak, akan
disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan
syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta
kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji
seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan
paa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk
menampung cinta yang suci dan agung.
Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendedndam, tamak dan
disibukkan melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati telah dikawal
sepenuhnya oleh iblis.
4. Melakukan Dosa
Jika seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu
banyak berbuat dosa hingga tidak lagi rasa berdosa, hatinya akan
terdinding dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta
mendapat cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara
syart untuk membina dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah.
5. Tidak Mahu Berdoa
Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di
depan Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri memohon segala
yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba.
Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon
kekuatan akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk
mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.
WANITA YANG PENDENDAM
1. Pengertian dendam
Dendam ialah apabila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap
seseorang lain seperti membencinya, menjauhi diri darinya, dan sifat itu
akan kekal bersemadi di dalam hati orang itu dan tidak padam-padam.
2. Keburukan-keburukan Dendam
Dengan itu jelaslah bahawa sifat dendam itu berpunca dari sifat marah
yang tidak dikekang atau diredhakan dengan segera. Sifat dendam ini
akan menimbulkan berbagai perkara mungkar antaranya:
Perasaan hasad atau dengki dalam diri, sehingga pendengki itu
merasakan tidak senang bila melihat seseorang berada di dalam
kenikmatan, lalu ia mengharapkan terhapusnya nikmat itu daripada orang
itu. Dengan makna yang lain seorang yang menyimpan perasaan hasad tidak
suka melihat orang yang didengkinya itu hidup senang lenang, sebaliknya
merasa gembira apabila orang yang didengkinya itu ditimpa kesusahan.
Kelakuan ini adalah contoh dari kelakuan orang-orang munafik.
Pendengki itu bukan saja menyimpan perasaan hasad dengki dalam
dirinya, malah ia merasakan senang sekali apabila orang yang didengkinya
itu ditimpa sesuatu kecelakaan atau bencana.
Pendengki akan menjauhi dan memutuskan perhubungan dengan orang yang didengkinya; tidak mahu bergaul dengannya.
Pendengki akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang
yang didengkinya, iaitu samada berbohong, mengumpat, mendedahkan rahsia
lawanya, mengejek, menjatuhkan kehormatan dan sebagainya.
Pendengki akan menganiaya lawannya, samada dengan memukulnya atau sebagainya.
Pendengki akan menahan hak milik orang yang didengkinya, seperti
menahan hutang yang patut dibaya, enggan mengembalikan amanah yang
diserahkan kepadanya dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan seperti di
atas itu adalah haram dilakukan dan ianya merupakan perbuatan iblis
terkutuk.
3. Orang Pendendam Menjadi Rakan Iblis
Sekiranya orang yang berdendam itu dapat menguasai dirinya dari
perbuatan-perbuatan buruk yang disebutkan di atas, tetapi masih memiliki
perangai yang tidak baik seperti sengaja tidak mahu bermuka manis
terhadap orang yang didendamnya itu, tidak belas kasihan terhadapnya,
tidak mengambil berat terhadap dirinya dengan menunaikan segala
keperluannya, tidak bersedia membantu pada perkara yang memberi kebaikan
kepada orang itu, maka itu menandakan sifat dendamnya masih ada. Semua
perkara yang disebutkan itu akan menjatuhkan darjat seseorang dan akan
melenyapkan pahala yang banyak, seterusnya ia menjadi rakan-rakan iblis.
Pernah berlaku, apabila Saidina Abu Baka As-Siddiq r.a bersumpah
tidak akan memberikan bantuan (harta) kepada Misthah yang masih
tergolong kerabatnya, kerana suatu penganiayaan yang dilakukan oleh
Misthah, maka Allah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:
“Janganlah sampai bersumpah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan
kekayaan di antara kamu, kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang
yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan
berlapang dada, tidakkah kamu suka, Allah Maha Pengampun dan Penyayang,”
(An-Nur: 22)
Sebaik sahaja firman itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, maka
beliaupun akur dan redha dengan pengampunan Allah itu. Lalu beliaupun
kembali menyambung semula bantuannya terhadap Misthah, meskipun Misthah
telah melakukan penganiayaan terhadap beliau.
Ayat di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya jangan menaruh
dendam, yang perlu hendaklah berlapang dada dan suka memaafkan.
Teruskanlah melakukan kebaikan sekalipun mendapat penganiayaan. Bahkan
kalau boleh tambahkanlah kebaikan dari kebiasaan yang dilakukan, sebagai
suatu cara untuk menundukkan hawa nafsu dan mengecewakan hasutan
syaitan. Bilamana seseorang itu dapat melakukan seumpama itu, maka ia
mencapai kedudukan dan darjat para siddiqin.
4. Dendam Perbuatan Haram
Nyatalah dari penjelasan di atas bahawa sifat dendam itu tidak
dibenarkan dalam Islam. Mengenainya Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam.”
Walau bagaimanapun untuk memberikan penjelasan yang lebih mengenai sifat hasad, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada hasad (dibenarkan berhasad) kecuali dalam dua perkara sahaja,
iaitu seseorang yang dikurniakan Allah harta yang banyak, lalu ia
menaburkan harta itu pada perkara yang haq/benar, sehinggalah hartanya
habis. Dan seorang lagi dikurniakan Allah ilmu, lalu ia mengamalkan ilmu
itu dan mengajarkannya kepada orang ramai.”
Apa yang dapat disimpulkan dari maksud hadis di atas bahawa tidaklah
dilarang kiranya lelaki mahupun wanita itu mengharap-harapkan sesuatu
nikmat yang sama, yang ada pada orang lain untuk dirinya. Maka selagi ia
menginginkan nikmat yang sama untuk dirinya dan tidak pula ia
mengharapkan lenyapnya nikmat itu dari orang lain, ataupun ia tidak akan
membenci kalau orang itu dapat mengecap nikmat itu terus-menerus, maka
cita-citanya itu tidaklah dihukum haram, malah ada kalanya dituntut oleh
syariat. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dan dalam (mencari kelebihan) itu, maka hendaklah berlumba-lumba orang yang ingin perlumbaan.”
(Al-Muthaffifin: 26)
Menderhaka Kepada Ibu Bapa
WANITA yang derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam senarai mereka
yang dicintai iblis. Oleh kerana ibu telah melahirkan kita, sehinggakan
Allah menyebutkan bahawa redha Allah tergantung kepada redha ibu bapa.
Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:
“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadahselain
kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu. Jika
salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanyasampai berumur lanjut
dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada
keduanya perkataan “ah” dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah
kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap
mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Ya Rabbi,
kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah
menyantuni aku waktu kecil.”
(Al’Israk: 23-24)
Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa
mereka dan mentaati mereka. Bagi wanita ketaatan merekasebelum mereka
berkahwin adalah kepada kedua ibu-bapa mereka dan selepas berkahwin,
kepada suami mereka. Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa
yang amat besar.
1. Meninggikan Suara Di Hadapan Ibu Bapa
Ismail Ibnu Umayyah telah berkata: Seorang lelaki meminta nasihat:
Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.” Rasul menjawab: “Janganlah
engkau menyengutukan Allah dengan sesuatupun, sekalipun engkau dibakar
atau dibelah dua. Ia berkata: “WahaiRasulullah, tambahkanlah.”
Rasulullah menjawab: “Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan
sekali-kali engkau meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya
memerintahkan engkau untuk mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi
keduanya.”
Lelaki itu meminta kembali: “Wahai Rasulullah, tambah lagiselain
itu.” Rasulullah menjawab, “Jangan engkau meminum khamar (arak), sebab
khamar itu adalah kunci segala kejahatan.”Lelaki itu meminta kembali,
“Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu.” Rasulullah
menjawab, “Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan
kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan) mu namun
berbuatlah agar mereka takut kepada Allah.”
(HR Imam Ibnu Majah)
2. Mengherdik Ibu Bapa
Mengherdik ibu bapa bererti telah berbuat derhaka kepada mereka,
apalagi menganiaya mereka dengan cara melukai tubuh badan mereka.
Perbuatan ini merupakan kebiadaban seorang anak yang tidak tahu
berterima kasih kepada ibu bapa. Walaupun anak perempuan tidak lagi
bertanggungjawab terhadap ibu bapanya sesudah berkahwin, namun tidak
putus hubungan seorang perempuan dengan ibu bapanya. Cuma
tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya tidaklah menjadi wajib seperti
mana anak lelaki. Tetapi perhubungan ibu dengan anak tetap berjalan
terus, sehingga tiada alasan bagi seorang anak perempuan untuk
mengherdik ibu bapanya.
3. Memutuskan Hubungan Dengan Ibu Bapa
Oleh kerana mengherdik ibu bapa sudah termasuk perbuatan dosa besar,
apalagi memutuskan hubungan dengan mereka. Ianya merupakan perbuatan
seperti mana yang diumpamakan dalam sebuah peribahasa, “kacang lupakan
kulitnya.”
Islam melarang memutuskan tali silaturrahim apalagi dengan ibu bapa.
Kalau seorang anak perempuan memutuskan perhubungan dengan ibu bapanya,
suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya dilakukan dengan perintah
suami.
4. Melupakan Jasa-jasa Ibu Bapa
Ibu telah melahirkan dalam keadaan yang payah dan sukar, manakala
bapa pula bertungkus lumus dari pagi hingga petang mencari nafkah demi
anak-anak. Memandangkan kepada jasa-jasa yang sedemikian hebatnya,
adalah tidak wajar apabila sang anak melupakan jasa-jasa tersebut.
Merupakan kewajipan anak untuk mengetahui akan hak dan jasa baik ibu
bapanya. Ia tidak boleh melakukan perbuatan yang menyebabkan ibu bapanya
marah atau murka kepadanya, ia tidak boleh berdusta atau berbohong
kepada kedua-duanya. Antara kewajipannya ke atas ibu bapanya adalah:
Berbuat baik dan berlemah-lembut terhadap mereka.
Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah.
Melihat wajah mereka dengan kasih sayang merupakan ibadah.
Mendoakan mereka berdua dengan doa yang baik.
Menjaga hati mereka berdua dan menggembirakan mereka.
Menjalinkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka.
Menziarahi kubur ibu bapa jika mereka telah meninggal dunia
LARANGAN DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Islam sangat melarang perbuatan derhaka kepada ibu bapa. Adapun
hikmah daripada berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebagaimana
dikisahkan berikut ini. Nabi Sulaiman a.s. adalah seorang raja terkenal.
Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin
ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala
binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan
bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk
mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang
pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera
itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari
permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera
dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.
Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi
Sulaiman menjadi terlalu hairan, “Kubah apakah gerangan ini?” Dengan
minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa
terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.
“Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?” Tanya Nabi Sulaiman
kehairanan. “Aku adalah manusia.” Jawab pemuda itu perlahan. “Bagaiman
engkau boleh memperolehi karamah semacam ini?” Tanya Nabi Sulaiman lagi.
Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi
karamah dari Allah sehingga boleh tinggal di dalam kubah dan berada di
dasar lautan.
Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah
yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu
berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya diberi
rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu
tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. “Setelah ibuku
wafat aku berjalan-jalan di pantai. Dalam perjalanan, aku melihat sebuah
kubah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah
itu sehingga aku masuk ke dalamnya.” Tutur pemuda itu kepada Nabi
Sulaiman.
Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit
itu menjadi kagum terhadap pemuda itu. “Bagaimana engkau boleh hidup
di dalam kubah di dasar lautan itu?” Tanya Nabi Sulaiman ingin
mengetahui lebih lanjut. “Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di
mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi
rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah.” “Bagaimana Allah
memberi makan kepadamu?” “Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon
di dalam kubah, dan buahnya aku makan. Jika aku merasa haus maka
keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih
manis daripada madu.” “Bagaimana engkau mengetahui perbezaan siang dan
malam?” Tanya Nabi Sulaiman a.s. yang merasa semakin hairan. “Bila telah
terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui
kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi
gelap dan aku mengetahui hari sudah malam.” Tuturnya. Selesai
menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu
kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya.
Itulah karamah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang
tuanya.
Derhaka Kepada Suami
PERKAHWINAN di dalam Islam adalah suatu aqad yang mulia antara lelaki
dan wanita. Ia menghalalkan setiap keduanya untukyang lain. Dengan itu
mereka akan saling mengasihi, tolong menolong, bergabung dan bertolak
ansur. Al-Quran telah menggambarkan hubungan ini dengan suatu gambaran
yang menarik yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Diamenciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dandijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang berfikir.”
(Ar-Rum: 21)
Diantara tanda Islam memuliakan wanita ialah, Islam memberikannya hak
memilih suami. Ibu dan bapa tiada hak memaksa anakperempuan mereka
mengahwini lelaki yang tidak diingininya. Wanita Islam tidak mengabaikan
hak ini tetapi mereka meminta nasihat daripada ibu bapa mereka kerana
pengalaman mereka yang luas. Islam memberikan hak ini untuk menjamin
kebahagiaan sesuatu perkahwinan di mana ia diasaskan daripada kesesuaian
pasangan pada perasaan, adat, keinginan dan matlamat. Apabila wujud
kepincangan, kehidupan suami dan isteri tidak berjalan dengan baik.
Setengah wanita sukar memberikan cintanya dengan tulus dan boleh
mengakibatkan penderhakaan pada suami yang tidak dicintainya. Dalam hal
ini, dia berhak menuntut talak.
Wanita Islam yang sedar dengan petunjuk agamanya, akan memilih suami
bukan hanya berdasarkan paras rupa, tetapi yang penting dilihat ialah
akhlaknya. Mereka tidak akan tergoda dengan lelaki yang leka, lemah dan
lesu. Wanita mukmin hanya tertarik dengan lelaki mukmin yang
bersungguh-sungguh, sedar, bersih hatinya dan terbuka pemikirannya.
Benarlah firman Allah yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yangkeji, dan
lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan
wanita-wanita yang baik adalah untuklelaki-lelaki yang baik dan
lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula…)”
(An-Nur: 26)
Ini bukanlah bermakna wanita Islam mengabaikan sudut kecantikan rupa,
paras yang indah, lalu dia redha dengan yang burukdan hodoh rupa
parasnya. Dia berhak memilih sebagaimana yang menguasai jiwanya,
diredhai oleh perasaan dan hatinya.
ISTERI YANG MENOLAK PANGGILAN SUAMI
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia makadia
menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia
menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatandirinya.” Wanita Islam yang
bijaksana sentiasa mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada
suaminya dalam perkara yang bukan maksiat, berbakti untuk suaminya dan
sentiasa berusaha untuk menggembirakan suaminya. Dia akan redha dengan
kesusahan atau font kesempitan hidupnya, sebagaimana yang telah
dicatatkan dalam sejarah Islam unggulnya peribadi Fatimah r.a.
Wanita Islam yang benar, rela berkhidmat di rumah untuk suaminya dan
dia tahu hak suami ke atasnya. Sesungguhnya ia adalah hak yang amat
besar sebagaimana sabda Rasulullah:
“Kalaulah aku mahu memerintahkan seseorang sujud kepadaseseorang yang
lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya.”
(Hadith Hassan Sahih riwayat Tarmidzi)
Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga sebagaimana sabda Rasulullah:
“Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu, puasapada
bulannya, taat kepada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan
kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga daripadamana-mana pintu yang
kamu sukai.”
(Riwayat Ibn Majah)
Disamping itu, Islam juga mengancam dengan dosa kemurkaan dan laknat kepada wanita yang berpaling daripada peringatan ini:
“Apabila seseorang lelaki memanggil isterinya ke katilnyatetapi dia
enggan mendatanginya, lalu suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya
nescaya malaikat akan melaknatnya sehinggawaktu subuh (pagi).”
(Sahih Muslim)
MENDEDAHKAN AURAT
Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman, maksudnya:
“Hiduplah dengan apa yang engkau suka.”
Allah melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.
Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik
perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yangmendatangkan
keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.
Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat.
TIDAK REDHA DENGAN PEMBERIAN SUAMI
Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah dan rasul-Nya.
Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita
semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari
agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut
melaungkan persamaan hak seperti di Barat. Ini semua bukanlah salah
mereka, tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini
umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan dan
bimbingan kepada manusia.
Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat
murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita
mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencian-Nya supaya kita
terhindar dari kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat
dasyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun
lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan
yang amat sangat. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, “semoga engkaumendapat
kutukan Allah” maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke
tujuh dan mengutuk pula segala sesuatu yangdicipta oleh Allah kecuali
dua jenis makhluk iaitu manusia dan jin.”
Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanjaatau
membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan
menerima amalannya yang wajib dansunatnya.”
Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Kalau seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas danperak
serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu
hari dia terlontar kata-kata angkuh, “engkauini siapa? Semua harta ini
milikku dan engkau tidak punya harta apa pun.” Maka hapuslah semua amal
kebaikannya walaupun banyak.”
Nabi SAW adalah seorang yang sangat kasih pada umatnya dan terlalu
menginginkan keselamatan bagi kita dari azhab Allah. Baginda menghadapi
segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan dan tekanan. Begitu juga
air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana
kasih-sayangnya terhadap kita. Maka kita sendirilah yang wajar berusaha
untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh umat baginda.
MENYAKITI HATI SUAMI
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
“Saya bersama Faimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kamitemui
baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada baginda, “Mengapa tuan
menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,”Pada malam aku di Irak dan
dimikrajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai
penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya
lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:
Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari
punggungnya sedangkan tar yang mendidih dari nerakadituangkan ke dalam
kerongkongnya.
Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah
ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ulardan kala
jengking.
Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Wanita yang bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri.
Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya
mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut)dan badannya
membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata
kesayanganku, ceritakanlahkepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita
itu.” Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Fatimah, adapuntentang:
Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (tidak bertudung) di hadapan lelaki.
Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi SAW bersabda:
“Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya
melaluikata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak dihari
kiamat selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya di belakanglehernya.”
Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia
keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajibdari haidh dan nifas.
Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suku membicarakankeaiban orang.
Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari
neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal)dikalangan orang
ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang
jatuh cinta padanya kerana melihatperhiasannya.
Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke
ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking keranadia mampu
mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak
solat serta tidak mahu mandi wajib.
Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti
keldai kerana dia suka mengadu domba(melaga-lagakan orang) serta
berdusta.
Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
MENGEJEK DAN MENGUTUK SUAMI
Ada juga diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak
beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri
manusia yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat buruk mereka:
Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.
Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan
meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau tidak mahu
berubah, maka kita khuatir jika kita tergolong dalam mereka yang tidak
diberi petunjuk oleh Allah.
MEMBENCI POLIGAMI
Poligami sememangnya boleh menimbulkan kontroversi yang hebat
seandainya tidak ditangani dengan berkesan. Justeru, dalam mengatasi
permasalahan ini, kebijaksanaan para suami memainkan faktor penting
dalam melayari kebahagiaan rumah tangga yang dibina.
“Sememangnya Islam membolehkan poligami. Hal ini dijelaskanoleh Allah
SWT dalam surah An-Nisa ayat tiga yang bermaksud, “Kahwinilah
wanita-wanita di kalangan kamu dua, tiga atau empat,tetapi sekiranya
kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka cukuplah dengan satu.”
Jadi dari situ kita lihat terdapat keharusan untuk berpoligami bagi
kaum lelaki. Sungguhpun dibolehkan ia tidaklah dibuka dengan
seluas-luasnya. Dibolehkan itu pula bergantung kepada sebab-sebab
tertentu misalnya masalah isteri mandul, isteri gagal berfungsi dengan
sempurna untuk melayan suami, suami ingin mendapat lebih ramai anak,
ataupun suami sendiri mempunyai keinginan nafsu yang berlipat ganda
sehingga kalaulah dengan seorang isteri itu boleh membawa dirinya ke
arah penzinaan maka di situ ada keharusannya.
Bagaimanapun dalam berpoligami ini dituntut keadilan. Keadilan yang
dimaksudkan ialah keadilan dari sudut zahiriah dan batiniah.
Bagaimanapun keadilan dari segi perasaan tidak diambil kira. Ini
dijelaskan sendiri oleh Rasulullah SAW yang menyebut, “bahawa memang
kamu tidak boleh berlaku adil dalam masalahmembahagi kasih sayang,
walaupun kamu mencuba sedaya upaya kamu.”Maklumlah masalah hati dan
perasaan ini sememangnya suatu perkara yang sukar untuk ditangani. Namun
demikian Rasulullah SAW mengingatkan agar dicuba seboleh mungkin untuk
menampakkan keadilan.
Justeru dalam masalah poligami ini, walaupun ianya hak kaum lelaki
namun ia bukanlah hak mutlak mereka kerana sejak dari zaman Rasulullah
SAW lagi sehinggalah ke hari ini, sekiranya dengan perlaksanaan poligami
itu boleh menimbulkan kekecohan dalam rumah tangga atau menyebabkan
anak-anak terbiar misalnya, maka dengan sendirinya keharusan itu
terbatal. Kalaulah si suami benar-benar ingin berpoligami maka ia perlu
mencari jalan yang boleh mengawal isteri-isteri dan anak-anak.
Malangnya, apa yang berlaku hari ini, ramai suami yang tidak dapat
melaksanakan tanggungjawab dengan adil terhadap isteri-isteri mereka.
Walaupun dibenarkan suami bernikah di luar pengetahuan isteri pertama,
dimana suami boleh bertindak merahsiakan pernikahannya. Namun demi
menjaga kerukunan rumah tangga adalah lebih baik sekiranya isteri
mengetahui tindakan suami kerana mereka juga sebenarnya mempunyai hak
terhadap suami.
Cuba bayangkan perasaan seorang isteri apabila mengetahui wujudnya
orang ketiga setelah sekian lama dirahsiakan. Tentulah lain jadinya
berbanding jika si isteri diberitahu sendiri oleh suaminya, maka sudah
tentu dia lebih bersedia walaupun pada peringkat awalnya agak sukar
menerima keadaan. Isu isteri mengamuk atau tidak membenarkan ini
sebenarnya bergantung kepada kebijaksanaan suami. Jika dia bijak
berkomunikasi dengan isteri, sudah tentu pihak isteri akan berlembut.
Tetapi bila isteri menolak dan membenci poligami, ianya bermakna isteri
derhaka kepada suami dan menolak hukum Allah.
Sebenarnya jika pihak suami ikhlas dan bijak menangani keadaan, si
isteri bukan sahaja memberi kebenaran untuk suami bernikah tetapi
sanggup pula mencarikan calonnya. Namun apa yang berlaku kini
sehinggakan isteri membantah keputusan suami untuk berpoligami ialah
sikap suami yang cuba melarikan diri daripada tekanan hidupnya dan
seolah-olah ingin mencari keseronokan lain.
Wanita yang dimadukan ini pula perlu mengetahui hak mereka. Dalam
Islam, wanita yang dirinya diabaikan boleh membuat aduan kepada pihak
yang berwajib, seperti mahkamah syariah atau qadhi, untuk menuntut
keadilan dari segi nafkah, giliran dan segala yang berkaitan dengan
haknya. Pihak isteri, tidak kira isteri keberapa, sekiranya menghadapi
masalah perlu cepat membuat aduan berdasarkan saluran yang sah dan
bukannya menceritakan kepada jiran atau pihak lain kerana ini bukan
sahaja tidak dapat membantu menyelesaikan masalah bahkan memburukkan
lagi keadaan. Jika isteri tidak pernah mengetahui haknya sebelum ini
maka segeralah berjumpa pihak qadhi atau lain-lain yang berpengetahuan
untuk bertindak. Ambil tindakan yang bijak dan bukannya dengan jalan
yang tidak rasional.
Sekiranya setelah pengaduan dibuat, tetapi masih tidak mendapat
perhatian daripada pihak suami maka wanita yang dizalimi ini boleh
mengambil jalan keluar yang terakhir iaitu memohon fasakh atau tebus
talak di mahkamah. Justeru itu pihak suami yang ingin melaksanakan
poligami perlu menambah ilmu dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
Fahami selok belok berpoligami seperti yang diamalkan oleh Rasulullah.
Biarlah orang yang ingin dijadikan isteri itu benar-benar orang yang
ingin dibela. Banyak berlaku di kalangan suami yang kononnya ingin
membela nasib wanita, tetapi memilih anak gadis yang berumur 17 tahun,
walaupun tak salah. Tentulah lari daripada konsep pembelaan. Rasulullah
SAW dalam konteks membela kaum wanita, baginda mengahwini wanita-wanita
yang janda dan sudah berumur bahkan ada yang sudah putus haidnya.
Janganlah poligami itu sahaja mengikut sunnah Rasul sedangkan
pengamalannya tidak mengikut sunnah. Rasulullah sendiri sewaktu
memperisterikan Khadijah tidak sekali-kali melakukan poligami. Baginda
menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh Khadijah. Setelah kematian
Khadijah dan baginda berkahwin dengan Aisyah barulah baginda
melaksanakan poligami berdasarkan wahyu Allah SWT.
Justeru pihak suami perlu berpada-pada dengan apa yang ada dan jika
ada keinginan untuk berpoligami seharusnya menilai diri samada boleh
mengikut anjuran Rasulullah atau sebaliknya. Poligami ini jelas
merupakan satu keharusan dalam Islam. Bagaimanapun para suami yang
berkeinginan untuk berpoligami perlu meneliti dahulu apakah diri mereka
layak untuk melaksanakannya supaya tidak berlaku keretakan atau
keruntuhan rumah tangga yang telah sedia dibina.
Apa yang penting ialah para suami perlu bijak menangani masalah rumah
tangga, bersikap tegas dan berkeupayaan dalam menjalankan tugas seorang
suami. Jangan pula pihak suami yang berpoligami ada niat untuk
menumpang kekukuhan ekonomi pihak isteri kedua atau seterusnya, sudah
tentu tidak kena caranya. Para isteri janganlah melawan hukum Allah yang
membolehkan poligami bagi lelaki yang mampu melaksanakannya. Jadilah
wanita solehah yang memahami keadaan suami dan memahami hukum Allah agar
terlepas dari seksa Allah SWT.
ISTERI YANG DERHAKA KEPADA MENTUA
Tidak ada siapa yang mahu dicap sebagai anak derhaka, demikian juga
yang terjadi kepada Alqamah. Sejak remajanya lagi Alqamah sentiasa
memberi layanan yang baik kepada ibunya. Tidak pernah kasar kepada
ibunya. Diceritakan, apabila tinggal berasingan dari ibunya, dia akan
singgah menjenguk ibunya setiap hari ketika berulang-alik ke masjid.
Bagaimanapun, sikap Alqamah berubah apabila mendirikan rumah tangga.
Kasih dan tumpuan sudah diberi kepada isteri tercinta, lalu sering
terlupa pada ibu sendiri. Si ibu sudah jarang diziarahi hingga akhirnya
si ibu memendam rasa terhadap si anak. Tidak ada siapa yang tahu hal
ini, malah Alqamah sendiri pun tidak dapat mengesan gejolak hati ibunya.
Hanya setelah Rasulullah SAW sendiri “menyoal siasat” si ibu kerana
Alqamah tidak mampu mengucap syahadah dalam nazaknya, barulah perasaan
yang terpendam itu diluahkan. Itu pun setelah Rasululah memerintahkan
sahabat-sahabat menghimpun kayu api dan mengancam untuk membakar
Alqamah. Akhirnya si ibu memaafkan anaknya itu, barulah Alqamah dapat
mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir dalam redha ibunya.
Mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada Alqamah, timbul
persoalan kenapa boleh berlaku hal seumpama itu sedangkan hubungan
menantu-mentua telah diatur dengan begitu cantik di dalam Islam. Islam
menetapkan, apabila seorang lelaki berkahwin, bererti dia mengembangkan
keturunan keluarganya. Isterinya adalah orang baru dalam keluarga itu
yang harus diberi perlindungan, pembelaan dan diberi nafkah secukupnya
oleh suaminya sebagai wakil keluarga.
Manakala keluarga sebelah isterinya walaupun ‘kehilangan’ seorang
ahli tetapi dalam masa yang sama, mendapat jalinan hubungan dengan
keluarga baru di mana kedua-dua keluarga wajib saling berhubungan
(menjalin silaturrahim). Hubungan kedua-dua keluarga ini adalah dengan
ketetapan bahawa anak perempuan tadi harus ‘tunduk’ di bawah wilayah
tadbir keluarga suaminya dan akur dengan resam budaya keluarga itu
selagi tidak melibatkan pelanggaran syariat.
1. Tidak Memuliakan Keluarga Suami
Di dalam kitab Muhimmah disebutkan bahawa antara sifat isteri yang
solehah ialah dia memuliakan keluarga suaminya lebih daripada
keluarganya sendiri. Apabila ia tidak memuliakan keluarga suami, bererti
ia telah menderhakai suami. Namun dalam kes-kes seperti yang berlaku
kepada Alqamah tadi, pihak suami tidaklah wajar dengan membiarkan
dirinya renggang dengan keluarga sendiri, sebaliknya lebih rapat dengan
keluarga isteri. Suami seolah-olah terpisah dari naungan keluarga
sendiri, lalu lebih selesa berteduh di bawah naungan keluarga isteri.
Berlakunya hal seumpama ini didorong oleh kurangnya ilmu dan pimpinan
baik di pihak suami atau isteri. Tanpa ilmu, tiadalah panduan bertindak
dalam mengatur kehidupan. Tanpa pimpinan, hilanglah pedoman dan
kekuatan mengatur langkah demi mencari keredhaan Allah. Ilmu penting
untuk kejernihan akal, manakala pimpinan untuk menjernihkan jiwa.
2. Tidak sayang kepada keluarga suami
Isteri perlu memahami dengan jelas aspek-aspek tertentu dalam sistem
kekeluargaan dalam Islam. Apa peranan dan kedudukannya dalam sebuah
keluarga besar yang di situ ada ibu bapa, mentua, ipar dan saudara-mara
lain. Bagaimana memberi prioriti (keutamaan) dalam hal-hal yang
melibatkan hubungannya dengan suami dan hubungan dengan ibu bapa
sendiri. Isteri perlu berfikir mana satu patut didahulukan antara taat
kepada ibu bapa dengan memenuhi keperluan anak dan suami, antara
tanggungjawab menggembirakan ibu bapa dengan tanggungjawab melayan anak
dan suami dan lain-lain.
3. Kurang Memperhatikan Keluarga Suami
Isteri tidak istiqamah dalam menyuburkan sifat-sifat terpuji dan
mengikis sifat-sifat keji yang dapat melahirkan akhlak mulia. Maka
berlakulah kes-kes kurang memperhatikan ibu mentua atau mentua berkecil
hati dan marah. Keadaan menjadi bertambah parah apabila isteri ego dan
mengabaikan hak-hak mentuanya yang juga ibu kepada suaminya.
4. Tidak Ikhlas Kepada Keluarga Suami
Tanpa niat yang ikhlas, seorang isteri mudah alpa pada tanggungjawab
terutama bila ditimpa dugaan. Bisikan syaitan dan bujukan nafsu tidak
mampu ditepis. Tipu daya musuh batin yang begitu halus, tidak mampu lagi
dikesan.
5. Melebihkan Keluarga Sendiri Daripada Keluarga Suami
Hal ini boleh berlaku apabila isteri tidak mengiktiraf kepimpinan
suami dan kehadiran keluarga suami. Mungkin bagi sesetengah isteri, dia
berasa kedudukan diri dan keluarganya lebih daripada kedudukan suami dan
keluarga suami. Maka ketaatan pada suami adalah dengan ‘bersyarat’
iaitu suami memberi perhatian tidak berbelah bagi kepada dirinya dan
keluarganya walaupun ini bermakna suami harus memutuskan hubungan atau
renggang dengan keluarganya sendiri.
Kes ini biasa berlaku bila seorang lelaki berkahwin dengan wanita
yang status sosial diri atau kerjaya lebih tinggi berbanding keluarga si
lelaki. Bagaimanapun, ia berlaku juga dalam perkahwinan sekufu di segi
status sosial tetapi mungkin berbeza di sudut lain seperti isteri lebih
cantik atau pandai. Sebab itu hadis menyebutkan bahawa sesiapa yang
mengahwini wanita semata-mata kedudukannya maka Allah tidak akan
menambah kepadanya melainkan kehinaan. Dalam satu hadis lain disebutkan
bahawa ciri isteri yang solehah itu ialah, “…jika disuruh nescaya
ditaatinya dan apabila dipandang,menyukakan hati…”Antara cara menyukakan
atau menggembirakan suami ialah memuliakan keluarga suaminya setiap
masa, dalam keadaan apa sekalipun.
Namun ia satu perkara yang skar dilakukan jika ketaatan terhadap
suami tidak benar-benar utuh. Kadang-kadang datang dugaan dalam bentuk
mentua ditimpa sakit. Tidak ada di kalangan anak sendiri yang mampu atau
sanggup menjaganya. Maka anak lelaki atas rasa tanggungjawabnya,
mengambil peranan itu. Namun kerana dia sendiri sibuk dengan pekerjaan,
tugas itu diamanahkan kepada isterinya. Maka waktu itu pengorbanan
daripada seorang isteri sangat dituntut, atas dasar taat kepada suami
dan berbakti kepada mentua. Tanpa ketaatan yang utuh, si isteri tidak
akan sanggup bersusah-payah untuk menjaga mentua yang sakit dan
berenggang dengan suami buat seketika.
Tanpa ketaatan yang sepenuhnya juga, isteri mungkin cuai pada
tanggungjawabnya, yang mungkin kerana kongkongan ibu bapanya. Ini
berlaku bilamana ibu tidak memberi kepercayaan penuh kepada anak untuk
membina kehidupan sendiri dan duduk di bawah tadbir orang lain
(suaminya). Isteri ini mungkin mempengaruhi suami dalam banyak hal, agar
melebihkan keluarganya sendiri daripada keluarga suami.
6. Renggang Dengan Keluarga Suami
Memimpin dan mendidik isteri bukan sahaja untuk melahirkan isteri
yang solehah tetapi juga ibu dan anak yang taat dan rela berbakti. Jika
suami gagal mendidik isteri agar taat dan memuliakan mentua (ibu bapa
suami), tentu isterinya tidak dapat diharapkan mendidik anak-anaknya
agar hormat dan memuliakan datuk nenek mereka itu? Isteri tidak berasa
dirinya sebahagian daripada keluarga suami, dan anak-anak tidak berasa
diri mereka dekat dengan keluarga ayah sebagaimana dekatnya mereka
dengan keluarga ibu. Bayangkan perasaan seorang mentua ketika itu.
Menantu dan cucu-cucunya lebih mesra dengan keluarga besannya tetapi
tidak dengan mereka.
7. Kurang Bersilaturrahim
Untuk membetulkan keadaan ini, maka penting bagi suami dan isteri
menghayati ajaran Allah dalam soal menjalin hubungan silaturrahim dengan
keluarga kedua-dua pihak. Di dalam Islam, menjalin silaturrahim adalah
wajib dan memutuskannya adalah
haram malam termasuk dalam salah satu dosa besar. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskansilaturrahim.”Sabdanya lagi, bermaksud:
“Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun pada kaum yang adapadanya orang-orang yang memutuskan silaturrahim.”
(Riwayat Ahmad)
Di dalam Islam, asas-asas bagi jalinan silaturrahim yang kukuh di dalam keluarga (termasuk hubungan dengan mentua) adlaah:
Kefahaman yang jelas terhadap tanggungjawab setiap ahli dalam sesebuah keluarga.
Menghias diri dengan akhlak yang mulia seperti merendah diri,
pemurah, pemaaf, sabar, redha, menghormati orang tua,penyayang, bersikap
mengambil berat dan belas kasihan. Dengan akhlak mulia, hati mentua
dapat ditawan melalui kemesraan yangdilahirkan. Mentua merasakan
menantunya seperti anak sendiri, manakala si menantu dapat merasakan
mentuanya bagai ibu sendiri; dihormati, disayangi sepenuh hati dan
selalu diminta pandangannya.
Adanya niat yang ikhlas iaitu melakukan kebaikan dan menunaikan
tanggungjawab semata-mata kerana Allah, menantu akansanggup berkorban
untuk kebahagiaan mentua dan untuk kebahagiaan suami selagi tidak masuk
dalam perkara mungkar atau maksiat.Niat yang ikhlas menjadi benteng dari
bisikan syaitan dan hasutan pihak ketiga.
Adanya sifat amanah dalam menunaikan tanggungjawab. Setiap pasangan
suami isteri perlu merasai bahawa isteri atausuaminya adalah anugerah
Allah yang harus dipelihara. Bagi isteri, selain menjadi penenang jiwa
bagi suami, dia harus menjadipembantu suami dalam melaksanakan
tanggungjawab. Jika suami cuai dan lemah, maka isteri menjadi penguat.
Sebab itu dalam hadis yang masyhur, Rasulullah bersabda:
“Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara;
hartanya,kecantikannya, kedudukan dan kerana agamanya, maka pilihlah
perempuan yang beragama nescaya menguntungkankamu.”
Walaupun di peringkat awal si isteri tidak sedar berlakunya kelalaian
di pihak suami tetapi disebabkan asas agamanya yang kuat, dapat
mengingatkan suami atas kelalaiannya itu. Sebagai isteri memegang
peranan yang penting agar keluarga mereka selamat dan diredhai Allah
SWT. Dengan kukuhnya nilai Islam, dalam rumahtangga akan mencurah rahmat
Allah dan di situlah lahirnya keberkatan. Bila ada keberkatan, suami
dan isteri mampu menunaikan segala perintah Allah serta mampu pula
menjalin hubungan baik dan mesra dengan ahli keluarga kedua-dua pihak
terutama dengan ibu bapa sendiri dan mentua.
Untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua belah pihak, terutama bagi pihak
isteri agar tidak menderhakai suami, maka perlu dilakukan
perkara-perkara berikut:
Taat dan berbakti kepada suaminya
Berbakti kepada ibu mentuanya dan memuliakan keluarganya
Mesra dengan suami dan sentiasa berusaha mencari keredhaannya
Tidak membuka rahsianya
Berdiri disisinya dan berkongsi pandangan dengannya
Membantu suami mentaati Allah
Memahami jiwa suaminya
Berhias untuk suami
Menemui suami di dalam kegembiraan dan bersyukur
Berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama suami
Menundukkan pandangan selain daripada suami
Tidak menceritakan keadaan wanita lain kepada suami
Mewujudkan ketenagan, kerehatan dan kedamaian dalam rumahtangga
Bertoleransi dan saling memaafkan
Wanita Yang Mendedahkan Aurat
MENAMPAKKAN PERHIASAN
Diharamkan bagi perempuan menampakkan perhiasannya kepada lelaki
asing. Perhiasan yang dimaksud dapat berupa perhiasan atau pun aurat
wanita itu sendiri. Allah Taala menyatakan di dalam firmanNya,
maksudnya:
“Dan janganlah mereka menampakkanperhiasannya”
(An-Nur: 31)
Sehingga bila pada perempuan itu terdapat perhiasan samada di dada
mahu pun pada tangannya, maka wajiblah baginya untukmenutupi kedua
tempat itu. Terlebih-lebih di masa kini, di mana perempuan semakin
terdedah dengan berbagai perhiasan dan warna-warni pakaian. Namun di
sisi lain mereka yang berakal tidak meragukan lagi pengharaman atau
larangan menampakkan perhiasan bagi perempuan di hadapan lelaki asing.
Ada pun perkara yang dilakukan wanita-wanita kini dengan berbagai
bedak, minyak wangi dan sebagainya jelas dimaksudkan untuk memperindah
atau mempercantik diri. Seterusnya mereka memperlihatkan diri mereka
kepada para lelaki asing di jalan-jalan. Tidaklah diragukan lagi bahawa
pengharaman terhadap hal seperti ini telah disepakati oleh seluruh
ulama.
MELAKUKAN KEMUNGKARAN
Syeikh Imam Al Qurthubi menyebutkan kemungkaran yang dilakukan wanita pada zamannya. Katanya:
“Pasar-pasar penuh dengan perempuan. Rasa malu yang hanyatinggal
sedikit telah bermaharajalela dan meliputi kebanyakan perempuan hingga
dapat anda saksikan perempuan-perempuan dudukdalam keramaian
kelompok-kelompok muzik, bersolek dan memakai perhiasan. Inilah
kemungkaran yang telah menyebar di zaman kita sekarang. Kita berlindung
kepada Allah dan keadaan seperti itu dan dari kemarahan-Nya.”
Al Allamah Ibnu Hajr al Haitami menganggap bahawa keluarnya seorang
perempuan dengan memakai harum-haruman dan perhiasan merupakan dosa
besar. Katanya:
“Dosa-dosa besar jumlahnya dua ratus tujuh puluh sembilan.Keluarnya
seorang perempuan dari rumahnya dengan memakai harum-haruman dan
perhiasan walau dengan seizin suami adalah salahsatu di antaranya.”
Rabi’ Ibnu Hirasyi meriwayatkan dari isterinya, dari saudara perempuan Hudzaifah yang berkata:
“Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami: Wahai para perempuanbukankah
kamu memiliki perhiasan perak dan emas yang kamu pakai untuk berhias?
Sesungguhnya tidaklah seorang dari kamuberhias dengan emas yang
dinampakkannya kecuali dia akan diseksa dengan perhiasannya itu.”
Dalam huraian ini jelas tedapat ancaman yang keras terhadap perbuatan
menampakkan perhiasan opleh perempuan dihadapan orang-orang yang
dilarang untuk melihat perhiasannya itu, padahal berhias dengan emas,
perak dan sebagainya dibenarkan oleh syariat dengan tujuan untuk
kelihatan cantik di hadapan suami. Sedangkan perbuatan selain daripada
itu dianggap dosa dan wanita yang melakukannya termasuk ke dalam senarai
mereka yang dicintai oleh iblis.
Hadis di atas menunjukkan bahawasanya dilarang seorang perempuan untuk
menampakkan perhiasan. Baik yang berbentuk perhiasan biasa atau pun
berbentuk tubuh badan dan sebagainya. Hal ini dikuarkan lagi dengan
hadis dari Aisya r.a ketika ditanyakan kepadanya:
“Bagaimana pendapatmu tentang pewarna, celak, azimat, subang,gelang
kaki, cincin emas serta pakaian nipis? Aisyah r.a. menjawab: “Wahai para
wanita! Kisah tentang kalian adalah kisahtentang seorang wanita. Allah
menghalalkan bagi kalian perhiasan tanpa boleh kamu berdandan atau
bersolek bagi mereka yang tidak boleh melihat perkara yang haram dari
diri kalian.”
WANITA YANG MENYUKAI FITNAH
Fitnah dan rosaknya zaman kini lebih diakibatkan oleh
bermaharajalelanya wanita yang mendedahkan aurat. Dengan itu fitnah
mempunyai kesan yang buruk dalam kehidupan manusia, yang dapat
menimbulkan bencana dan memporak-perandakan kerukunan dan ketenteraman.
Begitu buruknya fitnah itu sehingga pada saat Rasulullah SAW mengetahui
bahawa Fadl Ibnu Abbas menoleh kepada seorang perempuan Khath’am yang
terlarang untuk dilihat, segera baginda memalingkan wajah Fadl. Tidaklah
hal tersebut dilakukan oleh Rasulullah melainkan kerana baginda tidak
dapat menjamin tiadanya fitnah yang bakal terjadi di antara Fadl dan
perempuan Khat’am tersebut.
Oleh sebab itu siapa pun yang mengetahui keadaan masyarakat moden dan
keadaan di dalamnya yang penuh dengan kerosakan, pastilah menyedari
bahawa mendedahkan aurat merupakan jalan yang dapat membawa manusia
kepada hal-hal yang terlarang dan dapat membawa kepada kebinasaan. Sebeb
wanita yang mendedahkan auratnya tidak akan bebas dari bahaya fitnah.
Fitnah wanita yang mendedahkan aurat merupakan fitnah yang lebih
berbahaya daripada fitnah yang lainnya.
Dari Usmah Ibnu Zaid r.a dari Nabi SAW yang bersabda:
“Tidaklah kutinggalkan nanti sesudahku fitnah yang lebihberbahaya
bagi lelaki selain fitnah dari perempuan.”Demikianlah peringatan Nabi
SAW kepada manusia agar mereka tidak terjatuh ke dalam jeratan wanita,
tipu daya mereka tau pun tergelincir kerana mereka.
BERPAKAIAN TETAPI TERLANJANG
Tudung yang dikenakan perempuan saat keluar rumah disyaratkan
haruslah tebal, tidak nipis pada bahagian bawahnya dan bukan tudung yang
bercorak perhiasan sebagaimana trend yang dilakukan wanita di zaman
ini. Memakai pakaian yang nipis tidaklah berbeza dengan berdandan dan
memakai perhiasan. Lebih daripada itu berpakaian seperti itu bererti
memancing timbulnya fitnah yang sememangnya harus dihindari.
1. Memakai Pakaian Nipis
Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan larangan tersebut:
1. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:
“Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan dari ahli neraka yangtidak mahu saya lihat:”
Suatu kaum yang memegang cambuk/cemeti yang bagaikan ekor-ekor lembu. Kemudian dengan itu mereka cambukkan manusia.
Perempuan-perempuan yang berpakaian namun terlanjang.
Berlenggang-lenggok ketika berjalan. Kepala-kepala mereka
bagaikanpunuk-punuk unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak pula mendapatkan harumnya (syurga). Sesungguhnya harumsyurga itu
terdapat pada perjalanan begini dan begini.” Al Hafidh Ibnu Abd. al
Birri berkata: “Maksud dari sabda Rasulullah SAW “Berpakaian tetapi
terlanjang” adalah gambaran tentang perempuan yang berpakaian dari kain
yang nipis yang dapat memberikan gambaran bentuk tubuh dan bukan
bersifat menutupi tubuh. Kaum perempuan seperti ini secara zahir dan
secara sebutannya sahaja berpakaian, namun pada hakikatnya mereka
berterlanjang.
2. Memakai Pakaian Ketat & Sempit
Di antara syarat-syarat menutup aurat seorang wanita muslimah adalah
agar pakaian yang dipakai tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit.
Dengan demikian bentuk tubuhnya tidak dapat digambarkan. Pakaian yang
sempit dapat menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, dan bila keadaannya
seperti itu, maka pakaian tersebut dapat menjadi bahagian dari perkara
yang dapat menyesatkan. Dapat juga menjadi salah satu sebab bagi
timbulnya kejahatan dan menjadi salah satu sebab menimbulkan fitnah.
Maka untuk melindungi perempuan dan untuk memelihara masyarakat, Islam
mengharamkan ‘tabarruj’ (berhias) sekaligus memerintahkan perempuan agar
berpakaian hijab dengan memakai pakaian yang longgar, tebal, dan tidak
tergambar bentuk tubuhnya.
Perhatikanlah! Allah sebegitu jauhnya memerintahkan kepada seorang
perempuan muslimah untuk menutup tubuhnya dan tidak menampakkan sedikit
pun dari bentuk tubuhnya itu. Kesemuanya ini dengan matlamat untuk
menghormati dan melindungi kaum wanita agar mereka memiliki marwah dan
harga diri yang sempurna. Bagaimana dengan perempuan-perempuan di zaman
kita sekarang. Mereka telah keluar dari syariah yang telah ditetapkan
Allah di dalam hal berpakaian. Yang mereka pakai adalah pakaian yang
sempit, pendek dan ketat. Mereka juga memperlihatkan perhiasan-perhiasan
pada tempat-tempat berkumpulnya manusia. Terhadap hal ini para suami
atau pun wali mereka hanya dapat mendiamkannya sahaja. Sebahagian dari
mereka kita ketahui tetap mendirikan solat, membayar zakat malah juga
memuliakan Allah dengan berhaji ke rumah-Nya yang suci.
Sebagaimana wanita dilarang berpakaian ketat yang dapat menggambarkan
bentuk tubuhnya, demikian jugalah dilarang bagi para muhrim untuk
melihat yang tergambar dari auratnya. Sedangkan kepada lelaki asing
dilarang untuk melihat yang tergambar dari seluruh bentuk tubuh wanita.
Walau pun pakaian yang dikenakan itu tebal serta tidak nipis.
3. Memakai Pakaian Warna-Warni
Dasar dari menutup aurat ke atas wanita adalah untuk menutupi bentuk
tubuh dan mencegah pandangan orang kepadanya. Maka jika hijab diperindah
dengan gambar-gambar yang menawan, warna-warni atau pun jahitan yang
indah dan dapat menarik perhatian orang lain, akan hilanglah hikmah
memakainya. Hijab yang seperti itu tidak berfungsi untuk mencegah
pandangan orang lain, tidak pula dapat menolak kesan yang bakal
ditimbulkannya. Oleh itu pakaian yang seperti itu dilarang untuk
dipakai. Dengan itu pakaian-pakaian seperti itu termasuklah ke dalam
senarai pakaian-pakaian yang tidak boleh untuk ditampilkan dan dipakai.
Padahal dengan menutup aurat yang sempurna, akan tertutuplah salah satu
sebab dari pelbagai sebab yang dapat menimbulkan fitnah, dan tertutup
pulalah ancaman mangsa bagi manusia yang telah sakit jiwanya.
Wanita Yang Menyerupai Lelaki
DARI SEGI PAKAIAN
Tidak dibenarkan seorang wanita menyerupai seorang lelaki atau pun
sebaliknya seorang lelaki menyerupai seorang wanita. Penyerupaan
tersebut dilarang samada dalam suara, bentuk tubuh, cara berjalan,
gerak-geri, pakaian mahupun dalam hal-hal lain yang memang pada keduanya
telah terdapat perbezaan. Allah Taala telah menciptakan wanita dan
lelaki. Bagi masing-masing diciptakan pula tabiat yang khusus sehingga
mereka saling berbeza. Dengan perbezaan tersebut yang satu akan tertarik
kepada yang lainnya. Dia dapat menenteramkan hati dan perasaannya
kepada pasangannya. Dengan begitu kehidupan manusia akan berlanjut untuk
memakmurkan dunia. Namun sebaliknya penyerupaan antara yang satu dengan
yang lain merupakan kenyataan yang melanggar norma kehidupan. Sekaligus
sebagai penderhakaan terhadap fitrah wanita dan lelaki yang telah
ditetapkan Allah kepada mereka. Lalu berkecamuklah di hadapan mereka
faham-faham persamaan. Menghilanglah sendi-sendi perbezaan alami di
antara kedua jenis tersebut. Masing-masing telah mulai kehilangan
spesifikasi khas yang dimiliki dan yang membezakannya. Hingga mulailah
terdapat kecenderungan wanita untuk bersifat ‘jantan’ (kelelakian) dan
lelaki pula bersifat kewanitaan (pondan). Pernikahan akhirnya tidak
dipentingkan kerana memperturutkan kemahuan sesama jenis.
Dengan begitu bermaharajalelalah homoseksual. Terjadilah
perbuatan-perbuatan yang dapat menjauhkan rahmat Allah. Kehinaan
mengambil tempat kemuliaan. Perbuatan seks dengan sesama jenis
meminggirkan tempat-tempat pernikahan yang sesuai dengan syariah. Hal
ini dapat disaksikan di Eropah. Mulai dari bercinta dengan sesama jenis
hingga kepada penghambaan terhadap nafsu syahwat. Malahan sebahagian
perempuan dari masyarakat tersebut dapat menjadikan anjing sebagai
tempat pelampiasan hawa nafsunya. Kebiasaan-kebiasaan buruk itu, kini
mulai menyerang belia-belia Islam. Dimulai dengan mengikuti
kebiasaan-kebiasaan aneh mahupun kegemaran-kegemaran yang tidak lazim,
pemuda di dunia Islam mulai memanjangkan rambutnya, mencukur janggutnya,
menghaluskan suara dan juga menyempitkan pakaiannya. Sedangkan gadisnya
memendekkan rambut, merokok, bersuara lantang bagaikan lelaki. Semua
itu dilakukan tanpa rasa malu yang dapat menghalangi perbuatan tersebut.
Rasulullah melarang seorang lelaki menyerupai wanita dan juga wanita yang menyerupai lelaki. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaianperempuan atau pun perempuan yang memakai pakaian lelaki.”
Dari Ibnu Abbas yang berkata:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan danperempuan yang menyerupai lelaki.”
Al Hafiz Ibnu Hajr berkata:
“Menurut at Tabari, maknanya bahawa tidaklah dibolehkanlelaki
menyerupai perempuan dalam pakaian atau pun perhiasan yang memang
dikhususkan untuk perempuan. Demikian sebaliknya,dan demikian pula
kiranya dalam berbicara dan berjalan. Ada pun dalam hal bentuk pakaian
terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan perbezaan negeri. Akan
tetapi perempuan dibezakan dengan berhijab dan menutupi dirinya
(tubuhnya).”
Tentang penyerupaan dalam suara dan berjalan, hal ini dikhususkan
kepada mereka yang memang sengaja melakukannya. Namun apabila
penyerupaan tersebut memang dari asalnya (pembawaan lahir/semulajadi)
dia hanya diperintahkan untuk meninggalkannya dan berusaha secara tekun
dan beransur-ansur untuk merubatnya. Bila dia tidak berbuat seperti itu,
lalu dia pun tetap dalam kebiasaan tersebut, maka dia akan mendapat
celaan. Bila keadaannya seperti itu maka itulah dimaksudkan dengan lafaz
(menyerupai). Sedangkan yang telah pasti seperti menurut an Nawawi:
seorang pondan semulajadi (pembawaan lahir) tidak akan dicela selama dia
tidak mampu untuk meninggalkan sifatnya dalam berjalan, berbicara,
setelah berubat dan usaha untuk memperbaikinya. Namun bila dia dapat
merubah (pembawaan lahir) tersebut walau pun secara beransur-ansur
sedangkan dia menolaknya, maka dia mendapat celaan.
Dari Ibnu Abbas r.a yang berkata:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang bersifat keperempuanandan
perempuan yang kelelakian. Sabdanya: “Keluarkanlah mereka dari
rumah-rumahmu.” Ibnu Abbas berkata: “Nabi SAW mengeluarkanseorang lelaki
seperti itu dan Umar mengeluarkan perempuan yang seperti itu.” Jika
seorang perempuan mengenakan pakaian lelaki yang dibalik, berlubang dan
tangannya yang sempit, bererti dia telah menyerupai lelaki. Maka dia
akan mendapat laknat dari Allah. Demikian pula dengan suaminya yang
membiarkannya seperti itu atau pun redha kepada perbuatan isterinya
serta tidak melarang dan mencegahnya padahal para suami diperintahkan
untuk memelihara isteri mereka agar teguh di dalam ketaatan kepada
Allah. Para suami juga diperintahkan untuk mencegah isteri mereka dari
perbuatan maksiat. Hal ini adalah amanat dari firman Allah SWT menerusi
firman-Nya yang bermaksud:
“Didiklah dan ajarlah mereka dan suruhlah mereka untuk mematuhi Allah lalu cegahlah mereka dari berbuat maksiat kepada Allah.”
(At-Tahrim: 6)
Wanita Yang Menyerupai Orang Kafir
DARI SEGI PAKAIAN
Tidak dibenarkan seorang muslim menyerupai orang kafir di dalam
perbuatan, ucapan dan perayaan hari raya mereka. Hal ini dimaksudkan
agar masyarakat Islam dapat memiliki keperibadian yang berbeza dari yang
lain dalam segala cara kehidupan mereka. Selain itu kesepakatan
masyarakat muslim dengan masyarakat kafir di dalam perbuatan, ucapan,
pakaian mahupun hari-hari raya mereka dapat mendorong mereka untuk
menyerupai masyarakat kafir. Tentunya hal ini dapat menimbulkan
kerosakan akidah dan dapat menghilangkan identiti keperibadian
masyarakat muslim. Dan kemungkinan lebih jauh, bahawa mereka menjadi
pengikut
masyarakat yang memusuhi mereka. Padahal Islam tidak menghendaki
penganutnya menjadi pengikut musuh-musuhnya. Akidah yang mereka pegang
mengajarkan mereka menjadi pemimpin bagi manusia, bukannya menjadi
pengikut bagi setiap pendusta dan penyeleweng. Firman Allah yang
bermaksud:
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedihhati
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu
orang-orang yang beriman.”
(Ali Imran: 139)
Adapun larangan untuk menyerupai dengan masyarakat kafir terdapat
pada beberapa tempat di dalam al Quran al Karim. Demikianpula, terdapat
di dalam sabda Rasulullah SAW. Firman Allah yang maksudnya:
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat dariurusan
agama, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu
orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnyamereka sekali-kali tidak
akan dapat menolak dari kamu sedikit pun dari seksaan Allah. Dan
sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebahagian mereka menjadi
penolong bagi sebahagian yang lain dan Allah adalah pelindung bagi
orang-orang yang bertaqwa.”
(Al Jatsiah: 18-19)
Seterusnya Allah SWT menjelaskan bahawa sebahagian dari masyarakat
kafir adalah wali bagi yang lain samada di dunia mahupundi akhirat.
Namun tidak seorang walupun dari mereka yang dapat memberikan manfaat
untuk mencapai pahala ataupun untuk menghindarkan diri mereka dari azab
Allah. Sebaliknya, masyarakat muslimin yang bertakwa dan mendapat
petunjuk, sesungguhnya Allah lah Tuhan mereka. Syeikh Ibn Taimiyah
berkata: Allah telah menjadikan bagi Nabi Muhammad SAW sebuah syariat
lalu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar mengikuti syariat
tersebut serta melarangnya agar mengikuti kehendak hati orang-orang yang
tidak mengetahui. Termasuk ke dalam pengertian orang-orang yang tidak
mengetahui tersebut adalah orang-orang yang menentang syariat yang
dibawa Nabi Muhammad SAW.
MEMAKAI PAKAIAN YANG ADA TANDA SALIB
Tidak dibolehkan mengenakan pakaian yang tedapat gambar salib di
dalamnya atau pun seumpamanya. Pkaian yang dilarang tersebut termasuklah
tudung yang dipakai untuk keluar atau pun untuk yang lainnya. Larangan
terhadap salib ini dapat difahami kerana salib adalah syiar dan lambang
dari agama Nasrani (Kristian). Mereka telah membuat salib tersebut
sebagai lambang untuk sebuah akidah yang sesat. Iaitu anggapan yang
mereka yakini bahawa Nabi Isa as. telah dibunuh dan disalib. Oleh itu
mereka mensucikan salib sebagai dasar ketaatan terhadap akidah mereka
dan menghormati atau pun mengagungkannya adalah cara untuk mendekati
Tuhan. Allah Taala menyatakan bahawa anggapan mereka tersebut adalah
dusta dan kebohongan. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuhal Masih
Isa putera Maryam, Rasul Allah.” Padahal mereka tidak membunuhnya dan
tidak pula menyalibnya, tetapi (yang merekabunuh) ialah orang yang
diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang
berselisih faham tentang (pembunuhan) itu benar-benar dalam
keragu-raguan tentang yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan
belaka. Mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah
Isa. Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan
adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(An Nisa: 157-158)
Hadis-hadis berikut ini menunjukkan adanya larangan mengenakan
pakaian apa sahaja yang terdapat salib dan seumpamanya.Dari Imran Ibnu
Hitthan, sesungguhnya Aisyah ra. memberitahunya bahawa Rasulullah SAW
tidak akan membiarkan di dalam rumahnya terdapat sesuatu yang ada
salibnya kecuali dihilangkannya.
Dari Aisyah ra. yang berkata:
“Kami tidak memakai pakaian yang terdapat gambar salibpadanya. “Dari Abu al Jahhaf, katanya:
“Saya bertanya kepada Abu Jaafar tentang kotak Tabut yang ku miliki dan
padanya terdapat gambar-gambar. Lalu Abu Jaafar memberitahuku bahawa dia
melihat Umar membakar pakaian yang adagambar salibnya, dia pun
menghilangkan salib dari pakaian itu.”
Dari riwayat para sahabat ini terdapat petunjuk tidak boleh memakai
pakaian yang terdapat padanya salib. Kalau tidak tentu Umar ra. tidak
berani membakar pakaian tersebut.
Dari Ibnu Aun dari Muhammad bahawa Rasulullah SAW melihat pada tirai
beberapa isterinya gambar salib, lalu baginda memerintahkan hingga
mereka memotongnya. Dari beberapa hadis mahupun riwayat tersebut diatas,
terdapat petunjuk yang jelas yang melarang memakai pakaian terdapat
padanya gambar salib. Bila tidak, bererti kita menyerupai masyarakat
Kristian yang telah menjadikan salib sebagai lambang akidah mereka yang
batil mahupun sebagai syiar syariat mereka yang telah diselewengkan.
Ibnu Qudamah berkata:
“Dibenci adanya gambar salib dalam pakaian kerana Imran Ibnu Hitthan
telah meriwayatkan dari Aisyah ra. bahawa Rasulullah SAW tidak akan
membiarkan di dalam rumahnya sesuatu yang adasalibnya kecuali
dihancurkannya.”
Imam Bukhari telah menjelaskan hadis ini di dalam kitab al Buyu’ pada
Bahagian “Perdagangan Benda-benda yang dibenci untuk lelaki dan
perempuan.” Al Hafiz Ibny Hajar dalam penjelasannya mengatakan:
“Larangan memakai pakaian atau kain yang terdapat gambar-gambarnya untuk
semua golongan samada kepada lelaki mahupun kepada perempuan.”
Wanita Yang Tidak Mahu Mengurus Anak
Setiap insan yang bernama ibu dan bapa menginginkan dikurniakan
anak-anak yang soleh dan solehah kerana seorang anak yangberiman dan
mempunyai akhlak yang mulia akan dapat membantu ibu bapa baik di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat nanti. Sememangnya itulah idaman kita,
tetapi adakah kita berusaha untuknya? Apakah yang kita lakukan untuk
menjamin cita-cita kita itu? Kebanyakan yang berlaku sekarang ini ibu
bapa membiarkan anak-anak mereka menjalani hidup sendiri. Ibu bapa hanya
berpuas hati jika dapat memberi makan dan minum kepada anak secukupnya.
Begitu juga ibu bapa berasa senang hati apabila dapat membiayai anak
mereka dalam pelajaran. Tetapi berapa ramai ibu bapa yang mengasuh dan
mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh yang tinggi budi
pekertinya? Jawabnya tidak ramai dan ini terbukti apabila gejala sosial
yang melanda di kalangan remaja sekarang ini semakin berleluasa dan
berada pada tahap yang membimbangkan.
MENGABAIKAN ANAK
Untuk melahirkan anak yang baik yang mempunyai akhlak dan budi
pekerti yang tinggi bukanlah terlalu sukar. Cuma ibu bapa hendaklah
menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh mereka terhadap
anak-anak. Perkara yang paling penting sekali ialah sentiasa
mendampingi anak-anak atau memberi perhatian kepada mereka. Mendampingi
anak-anak sangat mustahak kerana dengan cara ini sahaja kita akan dapat
mengetahui perasaan dan sebarang permasalahan yang dihadapi oleh mereka.
Jika kta mengabaikannya, menyebabkan mereka memendam rasa yang boleh
merosakkan atau membahayakannya. Biasanya anak yang mempunyai masalah,
yang tidak diambil peduli oleh ibu bapa, akan mencurahkan isi hati
mereka kepada kawan-kawan yang rapat dengannya. Mencurahkan isi hati
pada rakan tidaklah menjadi kesalahan tetapi sekiranya rakan-rakannya
itu adalah dari kalangan mereka yang mempunyai peribadi yang buruk
ditakuti akan merosakkan anak tersebut.
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membolehkan ibu bapa berdamping
atau berkawan dengan anak-anak remaja mereka. Pertama, ibu bapa
hendaklah sentiasa memperhatikan perilaku dan gerak-geri harian anak
remajanya kerana dengan cara ini akan membolehkan kedua ibu bapa
mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Apabila masalah dan
perasaan anak dapat diselami, maka mudahlah si ibu atau bapa untuk
mendampinginya dan menjadi kawan kepada mereka.
CEREWET KEPADA ANAK
Selain daripada itu ibu bapa juga janganlah hendaknya terlalu cerewet
dalam mendidik anak-anak remaja. Umpamanya, jangan terlalu sangat ingin
mencungkil rahsia anak remaja, kerana cara ini boleh menjauhkan atau
merenggangkan lagi anak-anak daripada kedua ibu bapa. Ini adalah kerana
anak-anak pada peringkat ini dalam proses membentuk keperibadiannya
sendiri dan mereka tidak suka hatta ibu bapa mereka sendiri mengetahui
rahsia peribadi mereka.
Bagaimanapun apabila ibu bapa dan anak telah menjadi begitu mesra,
maka dengan sendiri rahsia anak-anak akan dapat diketahui dengan mudah
kerana antara ibu bapa dan anak sudah tidak ada lagi benteng pemisah.
Oleh itu ibu bapa hendaklah bijak mendampingi anak-anak supaya mereka
dapat menceritakan apa sahaja yang terpendam dalam hati mereka
sebagaiman mereka mencurahkan segala isi hati mereka kepada rakan yang
rapat dengan mereka.
MEMANDANG REMEH DAN MENENGKING
Apabila anak meluahkan masalah yang dihadapi, maka janganlah pula ibu
bapa memandang remeh atau tidak mengendahkannya, tetapi hendaklah
mengambil perhatian. Sekiranya apa yang disuarakannya itu dirasakan
betul hendaklah menyetujuinya dan jika sebaliknya maka ibu bapa
hendaklah memberi nasihat dengan cara yang baik, bukannya dengan
menengking atau menolak hujah mereka mentah-mentah. Selain daripada itu
untuk mendampingi anak-anak, ibu bapa boleh mengajak sama anak-anak
remaja mereka dalam merundingkan sesuatu hal atau masalah dalam
keluarga. Misalnya dengan cara meminta pandangan atau timbul dalam
keluarga. Cara begini dapat menimbulkan rasa dihormati dan perasaan
tanggungjawab pada keluarganya. Secara tidak langsung, tentunya akan
menambahkan keintiman hubugan antara anak dengan ibu bapa.
TIDAK MAHU BERKUMPUL DAN BERAMAH MESRA
Ibu bapa juga hendaklah sentiasa meluangkan masa untuk anak-anak.
Misalnya, pada waktu lapang mengajar anak-anak berkumpul untuk beramah
mesra & dalam masa yang sama bertukar-tukar fikiran. Pada masa
beginilah ibu bapa akan dapat mendekati atau mengenal hati budi mereka
dan secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan antara keduanya.
Sesungguhnya anak remaja adalah golongan yang mempunyai tingkat
sensitiviti yang tinggi kerana pada tahap ini mereka dalam zaman
peralihan untuk menjuju ke alam dewasa. Ibu bapa harus memahami keadaan
ini dan hendaklah dapat menyesuaikan diri dengan pengaruh emosi yang ada
dalam diri anak mereka. Sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan
oleh ibu bapa untuk mendampingi anak-anak bergantunglah pada suasana
dalam keluarga itu sendiri. Dengan hubungan mesra yang terjalin antara
anak-anak dan ibu bapa akan mengelakkan anak-anak daripada terjerumus ke
dalam perkara-perkara yang tidak baik seterusnya dapat mewujudkan
sebuah keluarga yang bahagia.
Penyakit Wanita Berkarier
Kita hari ini hidup dalam masyarakat moden dimana sistem komputer
sudah mempengaruhi hidup manusia. Dia masa yang sama manusia sudah
mencipta alat-alat canggih di darat, laut dan udara termasuk di angkasa
lepas. Semuanya mesti berkejar-kejar agar tidak ketinggalan hingga
memaksa ibu dan bapa bekerja sepenuh masa atau lebih masa untuk jaga
status, hingga anak-anak mereka dibiarkan membesar dan diurus oleh orang
gaji; jiran yang menjaga atau ditempatkan di nurseri seperti anak-anak
ayam yang ditetas oleh kuasa elektrik.
Apabila si isteri dan anak gadis bekerja; mereka sudah masuk ke satu
alam kerjaya – menjadi wanita berkarier. Sudah tentu mereka akan hidup
berbeza dengan surirumah sepenuh masa. Di masa dulupun memang ada wanita
bekerja; tetapi masalah yang dihadapi oleh wanita hari ini amat
membimbangkan dari segi kesihatan.
Dalam masyarakat perkampungan, wnaita bekerja membantu keluarga
memasarkan hasil pertanian tidak menghadapi masalah penyakit zaman
moden. Ini adalah kerana mereka makan makanan berkhasiat dengan
ulam-ulam tanaman sendiri, padi tanam sendiri dan tinggal di kawasan
udara bersih. Anak-anak mereka dijaga oleh datuk atau neneknya dan
makanan yang disediakan untuk anak-anak ini juga dari hasil tanaman
tidak seperti anak-anak di bandar besar yang gemar makan junk foods.
Harini kebanyakan suami isteri tidak suka ibu atau bapa masing-masing
pihak tinggal bersama. Mereka lebih rela orang gaji tinggal bersama
mereka atau jika tidak mampu hantar sahaja anak ke mana-mana yang
sanggup menjaga mereka. Dan si isteri ikut sama keluar pagi-pagi buta ke
tempat kerja bersama suami atau pergi sendiri setalah urusan hantar
anak ke tempat penjaga. Balik sebelah petang atau malam mereka terpaksa
juga menyediakan makan malam, jika malas cari jalan ringkas seperti beli
sahaja makanan yang dijual di luar atau masak makanan segera walaupun
tidak ada zat pada makanan itu. Ditambah lagi dengan kerja yang hanya
duduk di kerusi hadapi komputer, sehingga peluang untuk senaman tidak
ada. Jika tidak diatasi masalah sembelit, ianya membawa kepada
gejala-gejala lain seperti selalu sakit kepada, badan rasa lemah, kurang
selera makan dan sakit gastrik.
Penat
Lantaran kesibukan yang keterlaluan sehingga tidak ada masa untuk
menguruskan diri sendiri dengan teratur, corak pemakanan yang tidak
seimbang dan berdiet yang keterlaluan semata-mata untuk menguruskan
badan.
Terdapat juga wanita yang merasakan bahawa penyakit yang dia hidapi
itu tidak serius, kalau sakit sangat baru hendak jumpa doktor. Hari ini
sindrom wanita muda memiliki tulang orang tua sudah ada di kalangan
wanita berkarier – umur masih muda tetapi tulangnya sudah reput –
penyakit osteoporosis. Puncanya ialah kerana kekurangan bahan kalsium
dalam badan, senaman yang kurang atau tidak langsung senaman dan kurang
menerima cahaya matahari. Kurang menerima cahaya matahari ialah kerana:
Pergi kerja awal sebelum matahari terbit sudah dalam perjalanan dan
apabila matahari sudah terbit, ianya sudah beradadalam pejabat berhawa
dingin,
Kalau pun keluar makan dia akan berpayung
Balik dari kerja ketika matahari akan terbenam, malah kalau kerja lebih masa, matahari sudah tiada lagi.
Kurang kalsium terjadi kerana:
Selepas umur 35 tahun, kadar kehilangan kalsium dalam tubuh melebihi
kadar penyerapannya. Bagi mereka yang sudah putushaid (menopaus)
kehilangan hormon lebih terdedah kepada penyakit osteoporosis. Hormon
yang terdapat dalam tubuh membantupengambilan dan penyerapan kalsium.
Faktor cahaya matahari penting kerana untuk mendapatkan vitamin D yang akan membantu dari segi penyerapan kalsium.
Kurang makan makanan yang berzat.
AMALAN AGAR TIDAK DIMURKAI ALLAH
Allah yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dengan
sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hamba-Nya itu
berpasang-pasangan, lelaki dan wanita yang saling memerlukan,
sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain.
1. Memelihara Kemaluan dan Melayan Suami
Allah telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai kelebihan.
Banyak amalan ataupun cara agar wanita itu tidak dimurkai Allah, malahan
syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah. Anas bin Malik
meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib
sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti
dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.”
(HR Abu Nuaim)
Abd. Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang bukan soleh.
Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka
ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka lapan pintu syurga yang
mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab.”
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan
kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama
haidhnya membaca:
“Alhamdulillahi ‘ala kulli hal wa astaghfirullaha min kulli zanbih”
Maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui
sirat, aman dari seksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40
orang syuhada apabila dia selalu berdzikir kepada Allah selama
haidhnya.”
2. Menjaga Harta Suami
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia
mengembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia
menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”
3. Taat kepada Suami
Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi SAW ada seorang lelaki yang
akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada
isterinya.
“Wahai isteriku…janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.”
Secara kebetulan ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus
seorang lelaki menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada utusan
itu,
“Agar dia taati suaminya.”
Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali
sehingga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar
rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat
mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah
memberi wahyu kepada Nabi yang bermaksud, memberi wahyu kepada Nabi yang
bermaksud,
“Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan
ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa
Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.
Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah
bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama.
Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat ke dalam
syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka…dan bila melihat ke dalam
neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu
takutilah kita semua akan kemurkaan Allah.
4. Membasuh Pakaian Suami
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat
baginya 1000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu
yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat
1000 darjat untuknya.”
5. Memasak, Berdzikir dan Menutup Aurat
Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:
Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.
Wanita yang menguli tepun dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berdzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yang soleh.
Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan dzikir.
Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali dari wajah asal.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah yang Maha Indah
di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa
dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan
istiqamah.