Terkini


Salam sejahtera kepada semua pelawat-pelawat yang melayari blog ini,semoga anda mendapat manafaat dan sebagai wardah perkongsian ilmu.Sebarang cadangan atau ulasan yang membina amat-amat di alukan.Terima Kasih.


Monday, April 30, 2012

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA


‘Dan engkau tidak sekali-kali akan diredhai oleh golongan Yahudi dan Nasrani sehinggalah engkau mengikuti millah (cara hidup dan pemikiran) mereka.…[AL-Baqarah:120]


 ‘Sesungguhnya kamu pasti mengikuti sunah orang-orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga apabila mereka memasuki lubang biawak sekalipun pun sesungguhnya kamu pasti akan mengikutinya. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya, adakah (yang engkau maksudkan) itu Yahudi dan Nasara? Jawab Rasulullah, siapa lagi?’ [Al-Hadis]


Sejarah Sambutan Hari Pekerja Sedunia

Keseronokan bercuti dan bersenang-senang bersama keluarga pada setiap kali cuti Hari Pekerja Sedunia menyebabkan sebahagian besar umat Islam leka dan lalai dengan hadharah Barat disebalik sambutan Hari Pekerja Sedunia ini. Dari segi sejarah, dua orang yang dianggap telah menyumbang kepada gagasan untuk menghormati para pekerja di Amerika Syarikat adalah Peter McGuire dan Mathew Maguire, seorang pekerja mesin dari Paterson, New Jersey. Pada tahun 1872, McGuire dan 100,000 orang pekerja telah melakukan mogok untuk menuntut pengurangan jam kerja. McGuire telah mengadakan pertemuan dengan para pekerja dan para penganggur serta melobi pemerintah kota untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1881, McGuire berpindah ke St. Louis, Missouri dan mula mengorganisasi para tukang kayu. Akhirnya didirikanlah sebuah persatuan yang bergelar United Brotherhood of Carpenters and Joiners of America yang terdiri dari tukang kayu di Chicago. Idea untuk mengorganisasikan pekerja menurut bidang keahlian mereka kemudian merebak ke seluruh Amerika. McGuire dan para pekerja di kota-kota lain telah merencanakan hari cuti untuk para pekerja pada setiap hari Isnin pertama bulan September antara Hari Kemerdekaan dan Hari Pengucapan Syukur (Thanksgiving Day). Pada tanggal 5 September 1882, perarakan Hari Pekerja Sedunia pertama diadakan di kota New York dengan peserta seramai 20,000 orang yang membawa sepanduk bertulis “8 jam kerja, 8 jam istirahat, 8 jam rekreasi”. Maguire dan McGuire memainkan peranan penting dalam menyelenggarakan perarakan ini. Dalam tahun-tahun berikutnya, gagasan ini semaking berkembang dan banyak bahagian di Amerika mula merayakannya.

Pada 1hb Mei 1886, sekitar 400,000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut pengurangan jam kerja mereka. Pasukan polis Amerika kemudian menembak para peserta demonstrasi tersebut sehingga ratusan orang terbunuh dan para pemimpinnnya ditangkap dan dihukum bunuh. Sebelum peristiwa 1 Mei tersebut, di berbagai negara juga telah berlaku pemogokan oleh pekerja untuk menuntut perlakuan yang lebih adil dari para pemilik modal (kapitalis). Pada bulan Julai 1889, Kongres Sosialis Dunia yang diselenggarakan di Paris menetapkan peristiwa 1hb Mei berkenaan sebagai Hari Pekerja Sedunia dan mengeluarkan resolusi bahawa “Satu tindakan besar antarabangsa harus diorganisasikan pada satu hari tertentu di mana semua pekerja (pekerja) di setiap negara pada masa yang sama menuntut agar pemerintah membuat undang-undang untuk mengurangkan jam kerja menjadi 8 jam sehari, dan juga melaksanakan semua resolusi Kongres Pekerja Antarabangsa Perancis.”

Resolusi ini mendapat sambutan yang hangat dari berbagai negara dan sejak tahun 1890, tanggal 1 Mei, yang diistilahkan dengan May Day, diperingati oleh kaum pekerja di berbagai negara, meskipun di sebahagian negara mendapat tekanan keras dari pemerintah masing-masing. Sejak 1880, di AS dan Kanada, Hari Pekerja Sedunia disambut pada setiap hari Isnin pertama setiap September walaupun ada beberapa desakan dibuat untuk mengubahnya ke 1hb Mei.

Apa yang jelas dari sejarah Hari Pekerja Sedunia ini adalah ianya muncul dari rasa ketidakpuasan hati para pekerja setelah mereka ditindas dengan kejam oleh para pemilik modal. Setelah tidak tahan dengan mogok/demonstrasi yang sering dilakukan, maka pemerintah telah mengambil jalan tengah (kompromi) dengan melayani tuntutan yang dibuat oleh para pekerja dan seterusnya memberi ‘pengiktirafan’ kepada perjuangan mereka dengan mengisytiharkan hari cuti untuk mereka. Jalan tengah ini sedikit sebanyak mengurangkan desakan-desakan para pekerja. Kompromi sistem kapitalis barat inilah yang telah yang melahirkan Hari Pekerja Sedunia. Malangnya, umat Islam sekali lagi telah ‘terpukau’ dengan ‘hasil’ dari sistem Kapitalisme ini dan turut menyambut Hari Pekerja Sedunia dengan penuh makna dan penuh harapan.

“Menjelang sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini, Dewan Muslimat PAS Pusat meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi perhatian serius kepada pekerja wanita sama ada di sektor awam, industri dan perladangan. Menurut AJKnya, Senator Siti Zailah Md Yusuf, kerajaan perlu peka dengan nasib pekerja wanita terutama yang mempunyai anak sehingga terpaksa meninggalkan anak-anak di rumah asuhan dengan kadar bayaran yang tinggi. Katanya, setakat ini bebanan pekerja wanita amat berat dengan kadar tempoh waktu bekerja yang sama dengan pekerja lelaki selain memikul tanggungjawab serta tugasan yang sama berat. Baginya, Malaysia yang didakwa pimpinan kerajaan BN sebagai sebuah negara maju sepatutnya membela nasib para pekerja dengan memberi keutamaan dari aspek kehidupan mereka seperti bantuan pelajaran, perubatan dan perumahan. Zailah berharap, menjelang sambutan Hari Pekerja, kerajaan perlu menilai semula had gaji minimum kepada para pekerja bukan hanya perlu menunggu mereka mendesak baru diberi bonus atau kenaikan gaji” [Harakahdaily.net]

Masalah Pekerja Diakibatkan oleh Sistem Kapitalisme

Di dalam sistem ekonomi kapitalisme, rendahnya gaji pekerja adalah menjadi faktor penarik bagi para pelabur asing untuk kepentingan peningkatan pendapatan negara (dan bukannya individu didalam negara). Justeru memelihara keadaan seperti ini adalah sesuatu yang baik bagi peningkatan ekonomi. Keadaan seperti inilah yang menyebabkan pihak pemerintah selalunya memilih dan memihak kepada 'sang investor', dibanding dengan pekerja (yang merupakan rakyatnya sendiri) ketika terjadi krisis perpekerjaan.

Di dalam sistem kapitalisme, meskipun terdapat perbezaan dikalangan negara yang menerapkannya, peranan negara secara umum adalah sekadar pemerhati yang hanya menetapkan polisi untuk ‘sang investor’ dan sedikit sebanyak perundangan bersangkut masalah perpekerjaan. Akibatnya, dalam kegilaan sesebuah negara kapitalis untuk meningkatkan keluaran dalam negaranya, ia mengabaikan kesejahteraan rakyat, terutamanya para pekerja. Prinsip sistem kapitalis yang bersandarkan ‘siapa yang mahu hidup sejahtera dia harus bekerja dan mencari pendapatan sesuai dengan kemahuannya’ menyebabkan mereka yang tidak mampu bekerja atau lemah gagal menyara hidup mereka sendiri. Negara yang mengamalkan sistem kapitalis pada hakikatnya berlepas diri dari memenuhi keperluan asas (primary needs) warganegaranya, apalagi keperluan sekunder (secondary needs) dan tersier (tertiary needs). Sebagai contoh di Indonesia, menurut laporan Center for Labour and Development Studies (CLDS) pada tahun 2002 jumlah penganggur di Indonesia adalah seramai 42 juta orang (Republika, 13/05/02). Jumlah ini adalah lebih kurang satu kali ganda penduduk Malaysia. Lebih malang lagi, pemerintah Indonesia tidak pernah benar-benar serius untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka, walhal ini adalah tanggungjawab pemerintah. Justeru itu, kita melihat kebanjiran warga Indonesia yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi. Inilah masalah yang muncul hasil diterapkan aqidah kapitalisme di dalam sesebuah negara.

Dalam masyarakat kapitalis seperti yang wujud pada saat ini, tugas negara adalah lebih kepada fungsi pengelola, yakni mengelola ‘kebebasan’ warganegaranya. Ajaran kapitalisme tidak pernah meletakkan tugas negara sebagai 'pengurus dan penanggungjawab pemenuhan keperluan asas rakyatnya'. Rakyat, walaupun yang tidak mampu bekerja seperti orang-orang tua, orang-orang sakit atau orang-orang cacat, yang ingin memenuhi keperluan asasnya harus bekerja secara mutlak. Prinsip struggle for life benar-benar diterapkan. Sesebuah negara kapitalis akan senantiasa ‘mencuci tangannya’ dari golongan ini. Kalau adapun sekelumit usaha untuk kononnya membela golongan ini, ia hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga. Negara yang menganut kapitlisme tidak pernah benar-benar menyelesaikan masalah perpekerjaan, malah sebaliknya, mewujud dan memperparahkan lagi masalah tersebut

Pandangan Islam Tentang Perpekerjaan

Islam memandang bahawa hubungan pekerja dan majikan adalah hubungan antara ajir (pekerja) dengan musta'jir (majikan). Memandangkan didalamnya mencakup berbagai aktiviti manusia, maka hubungan ajir dan musta'jir ini diatur dengan hukum-hukum yang menyangkut ijarah. Ijarah adalah transaksi atas perkhidmatan atau manfaat (yang dikeluarkan oleh ajir) dengan memperolehi imbalan atau balasan berupa upah/gaji. Oleh itu dasar kepada hubungan antara ajir dengan musta’jir adalah manfaat yang dikeluarkan oleh ajir (yang tentunya diperlukan oleh musta’jir). Dan atas 'usahanya' itu pekerja memperoleh imbalan berupa upah/gaji dari pihak yang mengambilnya bekerja (majikan). Berdasarkan hal ini, maka upah atau gaji itu berbeza-beza, kerana jenis manfaat/perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pekerja itu pun berbeza-beza. Bahkan bagi suatu jenis perkhidmatan/manfaat, besarnya upah/gaji yang diberikan adalah berbeza mengikut latar belakang pendidikan, kecekapan, pengalaman bekerja dan sebagainya.

Oleh kerana itu, besarnya upah/gaji yang akan diperolehi seorang pekerja, ditentukan oleh kedua belah pihak, iaitu pekerja itu sendiri dan pihak yang mengambilnya bekerja. Dalam hal ini pemerintah/negara tidak boleh campur tangan dalam menentukan kecil besarnya upah/gaji sebagaimana pemerintah/negara tidak boleh campur tangan dalam menentukan kualiti manfaat/perkhidmatan yang diusahakan oleh pekerja. Ianya semata-mata ditentukan berdasarkan aqad ijarah diantara kedua-dua belah pihak. Islam tidak pernah membezakan antara hak dan tanggungjawab pekerja lelaki dan wanita. Masing-masing mempunyai hak dan kewajipan sesuai dengan aqad kerja (ijarah) yang dimasuki.selama mana aqad tersebut adalah bertepatan dengan syara’.

Dengan demikian, hubungan antara pekerja dan majikan, hak-hak dan kewajiban masing-masing adalah bergantung kepada jenis manfaat/perkhidmatan yang dikeluarkan, tempoh kontrak, besarnya upah/gaji, waktu pembayarannya dan seumpamanya berdasarkan aqad yang dimasuki. Selain perkara-perkara tersebut, seperti hak pekerja atas kesihatan, jaminan hari tua dan lain-lainnya barulah merupakan kewajiban dan tanggungjawab pemerintah/negara. Negara (dalam perspektif Islam) bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kaum pekerja, malah atas seluruh rakyat – per individu – menyediakan setiap keperluan asas mereka. Bahkan negara juga wajib melindungi dan memelihara kepentingan dan keperluan seluruh lapisan masyarakat, baik itu kaum pekerja, kalangan majikan, pengusaha, kaum lemah maupun berada, laki-laki maupun perempuan, anak-anak maupun orang-orang tua. Rasulullah saw bersabda:

“Imam (Khalifah/kepala negara) itu adalah pemelihara (rakyatnya). Dia bertanggung jawab ke atas rakyatnya.” [HR. Bukhari]

Di sinilah letaknya keadilan Islam, tidak hanya berpihak kepada golongan pekerja, lemah dan miskin sahaja, tetapi juga terhadap kalangan majikan, pengusaha, dan golongan yang kaya. Semua lapisan masyarakat memperoleh jaminan keamanan, kesejahteraan dan keadilan. Semuanya akan diperlakukan sesuai dengan hukum syara’.

Berkaitan dengan majikan yang zalim, Rasulullah SAW telah mengingatkan didalam hadis qudsi;

"Tiga orang yang Aku musuhi pada hari kiamat nanti adalah orang yang telah memberikan (bai'at kepada Khalifah) kerana Aku, lalu berkhianat; orang yang menjual orang yang merdeka (untuk dijadikan hamba sahaya), lalu dia memakan harga (hasil) penjualannya; serta orang yang mengontrak pekerja kemudian pekerja tersebut menunaikan pekerjaannya, sedang orang itu tidak memberikan upahnya”.
[HR Ahmad, Bukhari, dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah]

Khatimah

Apa yang pasti, di dalam sistem Islam yang diterapkan di dalam Daulah Khilafah Islamiyyah, tidak akan wujud masalah perpekerjaan sebagaimana yang kita lihat dalam sistem kapitalisme mahupun sosialisme hari ini. Sehinggakan (didalam Islam) tidak ada pekerja yang ditindas atau dizalimi yang menyebabkan mereka perlu mogok untuk memperjuangkan hak mereka. Justeru kita mendapati bahawa tidak pernah timbul isu para pekerja menuntut diadakan Hari Pekerja Sedunia di zaman Rasulullah, zaman Khulafa’ ar-Rashidin atau kekhilafah Islam lainnya. Dengan itu, sunnah siapakah yang kita (kaum muslimin) ikuti dalam menyambut Hari Pekerja Sedunia ini?

Bangkitlah dan sedarlah wahai kaum muslimin sekelian!

Seluruh lapisan umat Islam, termasuklah kalangan pekerja dan majikan haruslah menyedari bahawa pucuk pangkal dari ribuan permasalahan yang menjerat kita saat ini adalah kerana kita, kaum muslimin, didominasi oleh sistem kapitalisme. Seharusnya yang dituntut oleh umat, termasuk para pekerja adalah penggantian sistem ini dengan sistem Khilafah Islam, yang akan mengembalikan penerapan syari'at Islam di muka bumi ini. Inilah perkara yang wajib diperjuangkan oleh kaum muslimin dengan sepenuh keimanan dan kekuatan. Sistem Islam adalah rahmat untuk semua golongan manusia, termasuklah kaum pekerja.

Wallahua'lam

Tuesday, April 24, 2012

Dalam Kesulitan Ada Kemudahan



Dalam kehidupan ini, kesulitan sentiasa wujud kerana ianya adalah sebahagian dari kehidupan yang tidak dapat dipisahkan. Allah telah menciptakan setiap perkara secara berpasangan :
1. Ada malam ada siang.
2. Ada tinggi ada rendah.
3. Ada kemudahan ada kesulitan.

Oleh kerana kesulitan tidak mungkin dapat dielakkan, kita dituntut untuk mempersiapkan diri dalam menghadapinya.

Tidak sedikit yang berjaya keluar dari kesulitan yang berlaku namun tidak kurang pula yang jatuh tersungkur dalam kesulitan yang lebih rumit.

Ini adalah kesan dari betapa dahsyatnya hentaman kesulitan yang menimpa kita sementara kekuatan kita untuk bertahan tidak sekuat kedahsyatan kesulitan itu sendiri.

Akhirnya, jangankan untuk keluar dari kesulitan, bertahan pun akan terasa begitu sukar.

Tentunya kita ingin sentiasa menjadi pemenang dari setiap pergolakan hidup. Maka diharapkan  petua-petua berikut mungkin dapat membantu kita untuk bertahan dalam kesulitan di samping rnenuntun kita keluar darinya sebagai orang yang mampu tersenyum kerana lulus sebagai juara dalam ujian kehidupan ini.

PERTAMA : Sandarkan diri kita kepada Zat Yang Maha Menyelesaikan.

Manusia adalah makhluk yang lemah dan dia perlukan pegangan yang kuat kerana perjalanan di dunia ini tidak selalunya dalam keadaan mendatar.

Kekuatan yang dimiliki hanya sebatas usaha yang sama sekali tidak menentu. Banyak perkiraan dan rancangan yang nampaknya mantap, namun akhirnya meleset kerana memang di sebalik itu semua ada kekuatan Zat Yang Maha Kuat yang menentukan segala-galanya.

Kita perlukan Allah di saat keadaan sedang stabil dan normal. Malah dalam keadaan yang sulit dan tidak ada orang yang membantu, kita lebih-lebih lagi perlukan Allah. Apalagi kalau orang di kiri kanan kita yang biasa membantu memberikan jalan penyelesaian tidak lagi dapat diharapkan. Ya! Ini disebabkan mereka juga manusia yanq sangat terbatas seperti kita.

Dalam keadaan seperti ini, tidak ada jalan lain kecuali kita mendongak ke langit rnengharapkan  penyelesaian dari atas.

Pintu penyelesaian dari langit akan sentiasa dibuka selama kita membuka pintu hati kita untuk menerima keputusan Allah.

Maha Suci Allah! Dia benar-benar berbeza dengan sifat makhluk.

Semakin banyak permasalahan yang kita keluhkan atau semakin banyak permintaan yang kita ajukan, maka semakin Allah menyukai kita.

Berbeza dengan makhluk yang miskin ini. Jangan terlalu banyak merengek kepadanya kerana dia juga masih perlukan bantuan.

Penyerahan diri kepada Allah akan melahirkan kekuatan untuk menghadapi segala permasalahan.

Sabda Rasulullah saw :

“Barang siapa yang ingin menjadi rnanusia yang paling kuat, maka bertawakallah."

Tawakal ini sekaligus akan mendatangkan ketenangan. Kenapa?

1. Kita akan sedari bahwa kesulitan yang mendera adalah sebahagian dari “senario” Ilahi.
2. Kita akan sedari bahwa Allah tempat kita bersandar dan di tanganNyalah terdapat penyelesaian.

Ummu Salamah mempunyai kisah teladan dalam perkara ini.

Ketika ia perlu merelakan pemergian suaminya padahal anak-anaknya masih kecil dan perlukan kasih sayang serta perhatian dari ayah mereka. Pada hari meninggal suaminya yang tersayang itu, Ummu Salamah menyerahkan segala-galannya kepada Allah yang memiliki semuanya.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, Ya Allah, berikan aku pahala dari musibah ini dan gantikan aku dengan yang lebih baik.”

Itulah kepasrahan yang tulus mengiringi dirinya ketika dipejamkan mata suaminya oleh Rasulullah saw yang ketika itu hadir menyaksikan.

Ummu Salamah begitu tenang kerana :

1. Kesedihan itu fitrah dan pasti wujud pada setiap manusia.
2. Kesedarannya bahwa Allah yang menghendaki ini semua telah membuatnya tenang.
3. Kesulitan tidak akan sampai menggoncang hidupnya.

Ketenangan itu diikuti oleh doa yang tulus yang didengar oleh Allah swt. Allah menggantikan musibah dengan yang lebih baik seperti apa yang ia minta.

Ternyata, Rasulullah saw menggantikan kedudukan suaminya yang akan mendampinginya dan mengurus putera dan puterinya serta mengangkatnya menjadi Ummul Mukminin di mana ianya merupakan suatu kebanggaan ketika di hari kiamat kelak akan dibangkitkan dengan status isteri manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah saw.

Dari kisah Ummu Salamah ini, fahamlah kita bahwa kepasrahan yang tulus akan melahirkan jalan penyelesaian.

KEDUA : Sedarilah bahwa kesulitan itu pasti datang.

Kesedaran terhadap sesuatu akan membuatkan seseorang itu tidak tercengang dan akhirnya terduduk ketika sesuatu itu tiba malah dia akan mempersiapkan mentalnya untuk menjemput kedatangan sesuatu itu.

Isteri seorang tentera yang sedar bahwa ia sering ditinggalkan demi tugas suaminya dan perasaan bahwa suaminya mungkin boleh gugur di medan tugas akan membuatnya lebih tenang ketika musibah itu benar-benar berlaku kerana sebahagian dari kegoncangan jiwa telah pergi bersama kesedarannya terhadap musibah yang sudah diperkirakan sebelumnya.

Kesedaran Abu Bakar ra bahwa Rasulullah saw adalah manusia yang pasti akan mati, membuatnya begitu tenang ketika perkara itu berlaku.

Sebaliknya pula, Umar bin Al Khattab ra yang walaupun berjiwa tegar namun begitu tergoncang sehingga ia mencabut pedangnya dan mengancam akan membunuh orang yang mengatakan bahwa Rasulullah saw  telah tiada.

Kesedaran Abu Bakar ra telah membuatnya begitu bersedia untuk menghadapi kesulitan, sedangkan Umar ra ketika itu belum mempersiapkan dirinya untuk menerima kenyataan tersebut.

Mereka yang tenang dalam menghadapi musibah akan lebih cepat terlepas dari kesulitan itu bahkan orang itulah yang akan mampu membimbing orang lain untuk mengikuti jejaknya dalam menghadapi kesulitan.

Di saat para shahabat lain larut dalam kesedihan yang mendalam, mereka tidak mampu meredam emosi Umar ra. Namun Abu Bakar ra tampil dengan begitu tenang dengan perkataannya yang masyhur :

“Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya dia telah mati. Dan barang siapa yang menyembah Allah sesungguhnya Dia Maha hidup dan tidak akan mati."

Kemudian ia membaca ayat al Qur’an :

"Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul yang telah didahului oleh Rasul-rasul sebelumnya. Apakah jika ia mati atau terbunuh, kamu akan kembali berpaling?"

Aliran kata-kata Abu Bakar ra yang diperkuatkan oleh ketenangan hati mampu menjatuhkan pedang Umar ra dan menyedarkannya.

Maka di samping kita bersikap optimis, jangan lupa untuk memunculkan perasaan kemungkinan yang terburuk dari apa-apa perancangan kita tersebut.

Ciptakan kesedaran mulai hari ini bahwa :

1. Musibah pasti akan datang menghampiri.
2. Orang-orang yang kita cintai pasti akan pergi.
3. Suatu ketika, dunia yang kita genggam saat ini juga ada saatnya hilang.
4. Tidak semua yang kita lakukan akan kita raih sebagaimana yang kita harapkan.

KETIGA : Berkongsilah dengan orang yang terdekat.

Manusia adalah makhluk sosial walau siapa pun dia dan dia masih memerlukan orang lain apalagi di saat-saat yang sulit.

Berkongsi cerita duka yang sedang mendera merupakan sebahagian dari penyelesaian. Tentunya bukan kepada sebarangan orang kita bercerita di mana kita mesti memilih orang itu iaitu mereka yang istimewa dalam kehidupan kita yang :

1. Mampu menghiburkan hati kita.
2. Mampu menasihati diri kita .
3. Mampu membantu mencarikan jalan penyelesaian terbaik.

Boleh jadi mereka adalah isteri, suami, ayah, ibu, adik, kakak, saudara seperjuangan atau teman akrab di tempat kerja.

Mereka yang dekat dengan kita akan ;

1. Mendengar nafas duka yang kita hembuskan.
2. Mampu menitiskan air mata di saat kita menangis.
3. Memberikan usapan agar kita tabah menghadapinya.
4. Memberikan dakapan kasih sayang agar kita merasakan bahwa masih ada yang peduli.

Setelah itu, biasanya setengah dari beban permasaalahan yang menghimpit kita akan terasa terlepas dari diri kita di mana cuma tinggal sisanya yang perlu difikirkan bagaimana dan apakah langkah-langkah konkrit untuk menyelesaikannya dengan fikiran yang lebih segar dan jernih.

Dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah saw  menghadapi kesulitan yang membuatkan beliau terasa gundah. Rasulullah saw memerintahkan agar para sahabat menyembelih binatang yang dibawanya dari Madinah.

Dalam perancangan asal, binatang-binatang tersebut akan disembelih di Makkah setelah mereka melaksanakan ibadah umrah namun kerana mereka terhalang untuk masuk ke kota Makkah, Rasulullah saw memerintahkan untuk menyembelihnya di tempat itu.

Para sahabat menolak manakala Rasulullah saw sungguh berasa sedih dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kemudian beliau masuk ke dalam khemah untuk berkongsi perasaan duka itu dengan isteri baginda, Ummu Salamah.

Kata-kata yang keluar dari lisan isteri baginda itu bak hujan di musim kemarau di mana Ummu Salamah mengusulkan agar Rasulullah saw memulai menyembelihnya sendiri. Saranan yang diusulkan oleh isterinya itu terus baginda laksanakan dan kaum muslimin pun segera mengikutinya.

KEEMPAT : Sabar dan teruskan munajat serta doa.

Di mana ada kenikmatan, di situ pulalah adanya kesulitan.

Oleh sebab itu, Rasulullah saw mengajarkan dua perkara untuk menghadapi kedua-dua senario tersebut iaitu :

1. Syukur.
2. Sabar.

Kedua-duanya baik untuk kehidupan seorang mukmin.

Sabar bukan bererti :

1. Diam.
2. Tidak boleh menangis dan sedih.
3. Tidak boleh mencari bantuan untuk mendapat jalan penyelesaian.

Rasulullah saw pernah menangis ketika kehilangan puteranya Ibrahim yang disayanginya. Para sahabat merasa hairan melihat air mata Nabi tumpah ke bumi.

Nabi saw berkata :

“Sesungguhnya hati ini bersedih, air mata pun mengalir dan kami sangat sedih dengan pemergianmu wahai Ibrahim. Tetapi kami tidak berkata kecuali sesuai dengan keridhaan Allah."

1. Sabar adalah suatu sikap menerima musibah sebagai sebahagian dari takdir.
2. Sabar adalah ketenangan yang melindungi dari penyesalan yang tidak berhujung yang akan  menyebabkan kesengsaraan semakin berat dan tekanan yang menjangkiti.
3. Sabar akan menstabilkan keadaan hati yang sedang bergolak oleh kesulitan kerana hanya dengan jiwa dan hati yang stabil akan membuka jalan lebih luas menuju jalan penyelesaian.

Kemudian, selepas itu bantulah jalan penyelesaiannya dengan munajat dan doa. Adukan segala kesulitan kita kepada Allah. Di tengah malam, di saat manusia terlelap dalam mimpinya, kita bermunajat dan kita adukan permasalahan kita dalam sujud panjang kita. Tengadahkan tangan kita sambil berurai air mata penuh harap akan pertolonganNya. Doa-doa pun meluncur deras seiring dengan desakan-desakan hati yang sudah letih terbeban dengan segala kesulitan.

Umar bin Al Khattab ra di saat bangun malam ia membaca ayat:

“Sesungguhnya aku adukan keluh kesah dan kesedihanku kepada Allah.”

(Yusuf : 86)

sambil berurai air matanya di mana dia sedar betul bahwa dirinya adalah makhluk yang lemah.

Perbanyakkanlah Doa.

Tidak akan rugi orang yang banyak berdoa kerana tidak ada doa yang tidak dikabulkan jika kita sentiasa memenuhi seruan Allah.

Memang, kadang-kadang apa yang kita minta tidak kunjung tiba tetapi pengabulan doa bukan hanya dalam bentuk itu.

Kadangkala Allah swt mengabulkannya dengan cara menjauhkannya dari musibah atau Allah menyimpannya untuk kekayaan simpanan kita di akhirat sana.

Akhirnya fahamlah kita bahwa kesulitan adalah kemestian dalam kehidupan namun tidak ada sedikitpun alasan untuk kita dikalahkan oleh kesulitan itu.

Ya Allah, sesungguhnya kami memahami bahwa dalam setiap kesulitan itu ada kemudahan dan dalam setiap kesusahan itu ada kesenangan. Oleh itu bantulah kami untuk benar-benar dapat menghadapi kemudahan dan kesulitan dengan syukur dan sabar serta penuh ketenangan akan segala ujian dan mehnah dalam kehidupan ini sehingga kami mendapat ganjaran yang besar di sisiMu dari kedua-dua keadaan tersebut.

Monday, April 23, 2012

FiKi® DaN ZiKi®


Rasulullah saw bersabda : "Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang Zat Allah." (HR Abu Nu' aim)

Menurut Syaikh Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya `Shahihul Jami'ush Shaghir `dan `Silsilatu Ahadits Ash-Shahihah', hadis di atas adalah berdarjat hasan. Hadits ini berbicara tentang salah satu ciri khas manusia yang membezakanya dari makhluk yang lain, bahwa manusia adalah makhluk yang berfikir.

Dengan kemampuan berfikir itulah manusia boleh meraih berbagai :
1. Kemajuan.
2. Kemanfaatan.
3. Kebaikan.
Namun, sejarah juga mencatat bahwa tidak sedikit manusia yang mengalami kesesatan dan kebinasaan akibat berfikir. Oleh kerana itu, Rasulullah saw menghendaki kita, kaum muslimin, untuk mempunyai budaya berfikir yang akan dapat menghantarkan kita kepada kemajuan, kemanfaatan, kebaikan, ketaatan, keimanan, dan ketundukan kepada Allah Ta'ala.

Agar tujuan itu tercapai, Rasulullah saw memberi petunjuk-petunjuk agar kita tidak salah dalam berfikir.

Rasulullah saw memerintahkan kita untuk berfikir mengenai makhluk ciptaan Allah swt. Baginda melarang kita berfikir tentang Zat Allah kerana kita tidak akan mampu menjangkaunya, dan berfikir tentang Zat Allah boleh menghantarkan kita kepada kesesatan dan kebinasaan.

KEUTAMAAN BERFIKIR

Setidak-tidaknya ada empat keutamaan berfikir, iaitu:

PERTAMA : ALLAH MEMUJI ORANG-ORANG YANG SENTIASA BERFIKIR DAN BERZIKIR DALAM SETIAP SITUASI DAN KEADAAN.

Ini dinyatakan secara khusus oleh Allah swt dalam Al-Qur'an dengan firmannya :

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keaadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (QS Ali Imran : 190 – 191)

Al Ustaz Sa'id Hawa dalam kitabnya, `Al-Mustakhlash Fi Tazkiyatil Anfus' berkata :

"Dari ayat ini kita memahami bahwa kemampuan akal tidak akan terwujud kecuali dengan perpaduan antara zikir dan fikir pada diri manusia. Apabila kita mengetahui bahwa kesempurnaan akal bererti kesempurnaan seorang manusia, maka kita boleh memahami peranan penting zikir dan fikir dalam menyucikan jiwa manusia. Oleh kerana itu, para ahli suluk yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah sentiasa memadukan antara zikir dan fikir di awal perjalanannya menuju Allah. Sebagai contoh, di saat berfikir tentang berbagai perkara, mereka mengiringinya dengan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil."

KEDUA : BERFIKIR TERMASUK AMAL YANG TERBAIK DAN BOLEH MENGUNGGULI IBADAH.

Ada atsar yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban berbunyi :

"Berfikir sesaat lebih utama daripada ibadah setahun."

Kenapa begitu?

Ini adalah kerana, berfikir boleh memberi manfaat-manfaat yang tidak mampu dihasilkan oleh suatu ibadah yang dilakukan selama setahun.

Abu Darda', seorang sahabat yang terkenal sebagai ahli abid pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, ia menjawab, "Tafakur" (berfikir).

Dengan tafakur, seseorang boleh :

1. Memahami sesuatu hingga kepada hakikatnya.
2. Mengerti manfaat dari yang membahayakan.

Dengan tafakur, kita boleh :

1. Melihat potensi bahaya hawa nafsu yang tersembunyi di dalam diri kita.
2. Mengetahui tipu daya syaitan.
3. Menyedari pujuk rayu duniawi.

KETIGA : BERFIKIR BOLEH MENGHANTARKAN KITA KEPADA KEMULIAAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Ka'ab bin Malik berkata :

"Barangsiapa menghendaki kemuliaan akhirat, maka hendaklah ia memperbanyakkan ‘tafakur’ (berfikir)."

Hatim menambah :

"Dengan merenungi perumpamaan, bertambahlah ilmu pengetahuan; dengan mengingati nikmat Allah, bertambahlah kecintaan kepadaNya; dan dengan bertafakur, bertambahlah ketakwaan kepadaNya."

Imam Syafi'e menegaskan sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab `Mau'izhatul
Mu'minin' :

"Milikilah kepandaian berbicara dengan banyak berdiam, dan milikilah kepandaian dalam mengambil keputusan dengan berfikir."

KEEMPAT : BERFIKIR ADALAH PANGKAL SEGALA KEBAIKAN.

Ibnul Qayyim berkata di dalam kitabnya `Miftah Darus Sa'adah' :

"Berfikir akan membuahkan pengetahuan, pengetahuan akan melahirkan perubahan keadaan yang terjadi pada hati, perubahan keadaan hati akan melahirkan kehendak, kehendak akan melahirkan amal perbuatan.

Jadi, berfikir adalah asas dan kunci semua kebaikan. Hal ini boleh menunjukkan kepada kita tentang keutamaan dan kemuliaan tafakur dan bahwasanya ‘tafakur’ termasuk amalan hati yang paling utama dan bermanfaat sehingga dikatakan, `Tafakur sesaat lebih baik daripada ibadah setahun'.

Berfikir boleh mengubah dari :

1. Kelalaian menuju kesedaran.
2. Perkara-perkara yang dibenci Allah menuju perkara-perkara yang dicintaiNya.
3. Cita-cita dan keserakahan menuju zuhud dan qana'ah.
4. Penjara dunia menuju keluasan akhirat.
5. Kesempitan kejahilan menuju keluasan ilmu pengetahuan.
6. Penyakit syahwat dan cinta kepada dunia menuju kesembuhan ruhani dan pendekatan diri kepada Allah.
7. Bencana buta, tuli dan bisu menuju nikmat penglihatan, pendengaran dan pemahaman tentang Allah.
8. Berbagai penyakit syubhat menuju keyakinan yang menyejukkan hati dan keimanan yang mententeramkan.

BUAH DARI BERFIKIR

PERTAMA : KITA AKAN MENGETAHUI HIKMAH DAN TUJUAN PENCIPTAAN SEMUA MAKHLUK DI LANGIT DAN DI BUMI SEHINGGA MENAMBAH KEIMANAN DAN RASA SYUKUR.

"Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya, kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." (QS Ar-Rum : 8)

KEDUA : KITA BOLEH MEMBEZAKAN MANA YANG BERMANFAAT SEHINGGA BERSEMANGAT UNTUK MERAIHNYA DAN MANA YANG BERBAHAYA HINGGA BERUSAHA MENGHINDARINYA.

"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir." (QS Al-Baqarah : 219)

KETIGA : KITA BOLEH MEMILIKI KEYAKINAN YANG KUAT MENGENAI SESUATU DAN MENGHINDARI DIRI DARI SIKAP IKUT-IKUTAN TERHADAP PENDAPAT YANG BERKEMBANG.

"Katakanlah: "Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal sahaja, iaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikitpun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras. (QS Saba' : 46)

KEEMPAT : KITA BOLEH MEMPERHATIKAN HAK-HAK DIRI KITA UNTUK MENDAPATKAN KEBAIKAN SEHINGGA TIDAK HANYA BERUSAHA MEMPERBAIKI ORANG LAIN DAN LUPA PADA DIRI SENDIRI.

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir? (QS Al-Baqarah : 44)

KELIMA : KITA BOLEH MEMAHAMI BAHWA AKHIRAT ITU LEBIH UTAMA DAN DUNIA HANYA WASILAH UNTUK MEMBANGUN KEBAHAGIAAN AKHIRAT.

"Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan orang laki-laki yang Kami berikan wahyu kepadanya di antara penduduk negeri. Maka tidakkah mereka bepergian di muka bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan Rasul), dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memikirkannya? (QS Yusuf :109)

"Dan apa sahaja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka Apakah kamu tidak memahaminya?" (QS Al-Qashash : 60)

KEENAM : KITA BOLEH MENGHINDARI DIRI DARI KEBINASAAN YANG PERNAH MENIMPA ORANG-ORANG SEBELUM KITA.

"Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memperhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu." (QS Muhammad : 10)

KETUJUH : BOLEH MENGHINDARI DIRI DARI SIKSA NERAKA KERANA IA MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN AJARAN AGAMA DAN MENINGGALKAN KEMAKSIATAN DAN DOSA-DOSA, TERUTAMA SYIRIK.

"Dan mereka berkata, "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala". (QS Al-Mulk : 10)

"Ah (celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka Apakah kamu tidak memahami? (QS Al-Anbiyaa' : 67)

BATASAN BERFIKIR

Imam Al-Ghazali berkata :

"Ketahuilah bahwa semua yang ada di alam semesta, selain Allah, adalah ciptaan dan karya Allah Ta'ala. Setiap atom dan zarah apapun memiliki keajaiban dan keunikan yang menunjukkan kebijaksanaan, kekuasaan dan keagungan Allah Ta'ala. Mengira semuanya adalah sesuatu yang mustahil, kerana seandainya lautan adalah tinta untuk menuliskan semua itu niscaya akan habis sebelum menuliskan sepersepuluhnya sahaja dari semua ciptaan dan karyaNya."

Jadi, tafakur adalah ibadah yang bebas dan terlepas dari ikatan segala sesuatu kecuali satu ikatan saja, iaitu ‘tafakur’ mengenai Zat Allah.

Saat berfikir bagi seorang muslim sebenarnya adalah keadaan di mana ia sedang berusaha untuk :

1. Meningkatkan ketaatan.
2. Menghentikan kemaksiatan.
3. Menghancurkan sifat-sifat yang boleh merosakkan.
4. Menumbuhkan sifat-sifat yang membina yang ada dalam dirinya.

Berhasil atau tidaknya perkara ini untuk dicapai sangat dipengaruhi oleh banyak faktor, di antaranya:

1. Kedalaman ilmu.
2. Konsentrasi fikiran.
3. Keadaan emosi dan rasional.
4. Faktor lingkungan.
5. Tingkat pengetahuan tentang objek tafakur.
6. Teladan dan pergaulan.
7. Hakikat terhadap sesuatu.
8. Faktor kebiasaan.

KENAPA KITA DILARANG BERFIKIR MENGENAI ZAT ALLAH SWT?

Setidak-tidaknya ada dua sebab, iaitu:


PERTAMA : KITA TIDAK AKAN SANGGUP MENJANGKAU KADAR KEAGUNGANNYA.


Allah swt tidak terikat dengan ruang dan waktu.

Abdullah bin Mas'ud berkata :

"Bagi Tuhanmu tidak ada malam, tidak pula siang. Cahaya seluruh langit dan bumi berasal dari cahaya wajahNya dan Dialah cahaya langit dan bumi. Pada hari kiamat, ketika Allah datang untuk memberikan keputusan, bumi akan tenang oleh cahayaNya."

Firman Allah swt :

"(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikanNya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat. (QS Asy-syuuraa : 11)

"Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah yang Maha Halus lagi Maha mengetahui." (QS Al-An'am : 103)

Ibnu Abbas berkata :

"Zat Allah terhalang oleh tirai sifat-sifatNya dan sifat-sifatNya terhalang oleh tirai karya-karyaNya. Bagaimana kamu boleh membayangkan keindahan Zat yang ditutupi dengan sifat-sifat kesempurnaan dan diselimuti oleh sifat-sifat keagungan dan kebesaran."

KEDUA : KITA AKAN TERJERUMUS KE DALAM KESESATAN DAN KEBINASAAN.

Memperlakukan hukum Al Khalik terhadap makhluk ini adalah sikap berlebihan. Itulah yang terjadi di kalangan kaum Rafidhah terhadap Ali ra. Sebaliknya, memperlakukan hukum makhluk terhadap Al Khalik ini adalah suatu sikap `taqshir'. Perbuatan ini dilakukan oleh aliran sesat musyabbihah yang mengatakan Allah memiliki wajah yang sama dengan makhluk, kaki yang sama dengan kaki makhluk dan seterusnya. Semoga kita mampu terselamat dari kesesatan yang seperti ini.

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa berfikir dan berzikir kepadaMu kerana kami memahami bahwa berfikir dapat membuka minda kami ke suatu ufuk yang lebih luas manakala berzikir dapat mengangkat jiwa kami naik ke tempat yang tinggi yang berdekatan denganMu. Tetapkanlah kami dalam keadaan berfikir dan berzikir dalam apa keadaan sekalipun sehingga ketenangan sentiasa hadir di dalam jiwa kami.

Friday, April 20, 2012

Bertafakur Tentang Ciptaan dan Keagungan Allah


Melihat kebesaran ALLAh Ta’ala pada setiap ciptaan-Nya boleh menyingkap rahsia kelemahan dan kekerdilan diri di sisi Tuan Punya Dunia. Apabila seseorang itu berfikir akan kekerdilannya, hakikat penciptaan dirinya sebagai manusia yang ALLAh Ta’ala benarkan singgah sementara di dunia, maka secara semulajadinya akan timbul di benaknya untuk melihat saudara-saudara seakidah atau pun sedarah turut merasai perkara yang sama agar dapat sama-sama berpimpin tangan menuju-Nya.

Kuncinya, mengenal ALLAh Ta’ala melalui ciptaan-Nya.
Nah, sebelum mahu melihat orang lain turut merasai hal yang sama, maka diri sendiri perlu lebih mengenal Tuhannya, apa tujuannya dan atas keperluan apa dia mahu melihat manusia lain untuk mengenal Tuhan. Diantara caranya adalah melihat diri pada alam ciptaan ALLAh ini. Bertafakur pada ciptaan ALLAh dan keagungan-Nya.

Bukankah setiap apa yang dibumi, terkandung tanda Kebesaran Tuan Punya Dunia?

Pada Alam Itu Ada Tanda Keagungan-Nya
Saya masih ingat kata-kata Guru Sains saya, “Kamu jangan fikir banyak mahu fikir tentang keagungan Tuhan. Cuba fikir satu-satu apa yang ada di alam ini dan hayatinya..”

Saya ini, boleh dikatakan antara pelajar yang akan termenguap dalam kelas sains. Terasa subjek itu tidak seronok seperti subjek sejarah. Sehinggalah satu hari bagaimana guru sains saya itu menceritakan kebesaran ALLAh Ta’ala melalui ciptaan-Nya; bintang-bintang, molekul dan atom, jarak antara bintang-bintang, pertukaran malam dan siang. Dan semuanya itu berada dalam orbitnya masing-masing.

Seakan-akan saya tersihir pada hari itu. *sengih*

Bukankah banyak firman ALLAh didalam alQuran menyeru manusia untuk berfikir?

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, serta pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAh) bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAh…” – aali ‘Imran : 190

ALLAh berfirman lagi,

“..Perhatikan dan fikirkanlah tentang apa yang ada di langit dan bumi (daripada segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan ALLAh dan kekuasaan-Nya).” – Yunus : 101

Sungguh, kalau mahu memikirkan tentang kebesaran ALLAh yang ada pada alam semesta ini, sudah tentulah otak kita tidak boleh menggarap kesemuanya. Cukup melihat pada apa yang kita biasa dengannya. Contohnya sebagai bumi, matahari dan planet-planet lain. Matahari saiznya sahaja sudah 1.25 juta kali ganda saiz bumi. Walhal, kita berada di planet yang bernama bumi kita sudah merasa ianya besar. Dan, ada pula bintang-bintang dengan izin ALLAh Ta’ala yang saiznya lebih besar dari matahari. Subhanallah.
Menakjubkan apabila kesemuanya tidak berlanggar dan tetap pada putaran orbitnya.
Nah, adakah semuanya terjadi dengan sendiri? Mustahil. Tentu ada empunya!
Maka hayati kalam ini,

“Dan langit itu, Kami dirikannya dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Sesungguhnya Kami mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga. Dan bumi pula, Kami hamparkannya (untuk kemudahan kamu mendiaminya). Maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya.” – az Zariyat : 47-48

MashaAllah. Tabaarakallah.



Berfikirlah Walau Sejenak
Tidak rugi untuk diam dan berfikir sejenak. Paling dekat berfikir mengenai kejadian diri kita. Ibu bapa kita sendiri memulai bahtera cinta. Dan dengan bahtera itu lahirlah kita sebagai anaknya. Bagaimana mungkin orang yang berfikir tidak merasa apa-apa ketika memikirkan kejadian manusia itu sedari awal sebelum terbentuknya daging-daging yang menyeliputi tulang-temulang? Antara berjuta-juta sel sperma yang dikeluarkan oleh ayah kita, kita yang telah terpilih oleh ALLAh Ta’ala untuk diberikan nyawa.

Bukankah itu menimbulkan keinsafan? *tertunduk*

Jangan menjadi orang yang rugi dan ALLAh cela didalam alQura mengenai manusia yang langsung tidak berfikir mengenai kebesaran ALLAh walaupun tanda-tanda itu ada didepan mata mereka, ada pada bisikan deria pendengaran mereka. MashaAllah.

“..Kami telah jadikan untuk neraka jahannam itu ramai daripada kalangan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati yang mereka tidak mahu memahami dengannya (akan ayat-ayat ALLAh). Mereka mempunyai mata, yang mereka tidak mahu melihat dengannya (akan bukti-bukti keesaan ALLAh). Mereka mempunyai telinga yang mereka tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternak. Bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” – al A’araf : 179
“Betapa banyak tanda-tanda (tentang ALLAh) di langit dan bumi, yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.” – Yusuf : 105

Berfikirlah. Semoga kita tidak termasuk orang-orang yang lalai.
InshaAllahu Ta’ala~

Saya suka melihat bintang-bintang di langit. Saya tidak akan jemu memandang langit diwaktu malam walaupun bintang-bintang itu tidak tersenyum kembali pada saya. Cukup saya tahu dan yakin, bahawa Pencipta bintang itu sedang melihat saya di bawah ini. Kerlipan bintang itu sudah cukup menggembirakan saya, inshaAllah.
*senyumbahagia*


Sains sebenarnya, menyeru manusia kepada iman.
Mata sudah terbuka. Tinggal saja kita mahu membuka jiwa.
Semoga ALLAh merahmati.

Wednesday, April 18, 2012

Lillahi ta’ala "Kerana Allah S.W.T"


Ma’rifatullah — Mengenal Allah

Lillahi ta’ala maknanya “kerana Allah ta’ala

Dalam sifat 20 Allah kita paham dan yakin bahwa Allah itu Wujud (ada). Tidak mungkin/mustahil Allah itu ‘Adam (tidak ada).
Allah itu Qiyamuhi Binafsihi (Berdiri dengan sendirinya). Mustahil Allah itu Iftiqoorullah (Berhajat/butuh) pada makhlukNya
Manusia atau kita ada namun tidak berdiri sendiri. Kita itu maujud artinya ada namun kerana pengaruh yang lain yakni karena Allah ta’ala.

Kita ada kerana Ar Rahmaan dan Ar Rahiim nya Allah ta’ala
Cuba bayangkan jika seluruh indera kita seperti penglihatan, pendengaran dan deria rasa itu tidak diberikan oleh Allah yang maha pengasih dan penyayang,  apakah kita ada ?
Kita maujud kerana Allah ta’ala ,  kerana Ar Rahmaan dan Ar Rahiim Nya dalam berupa panca indera. Kita harus bersyukur untuk itu

Kemudian Dia menyempurnakan penciptaannya dan Dia tiupkan padanya sebagian dari Roh-Nya dan Dia jadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan rasa, tapi sedikit sekali kamu bersyukur” (QS As Sajadah (32):9)

Begitu pula kita harus bersyukur atas nikmat Iman dan nikman Islam karena Allah ta’ala , kerana karuniaNya, karena Taufiq dan HidayahNya.

Oleh karenanya segala perbuatan kita (seorang hamba Allah yang bergantung padaNya)  haruslah karena Allah ta’ala bukan kerana hawa nafsu dan bukan pula kerana selainNya
Kita solat kerana Allah ta’ala bukan kerana surgaNya.  SurgaNya adalah ciptaanNya yang adanya pun  kerana Allah ta’ala.

Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam“. (QS Al An’aam [6]:162 )
SurgaNya bukan lah tujuan namun sebuah keniscayaan bagi  “orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (agama)-Nya”
Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (agama)-Nya niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya (surga) dan limpahan karunia-Nya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepada-Nya.” ( QS An Nisaa’ [4]:175 )




تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (1) الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ (2)
Maksudnya:
1. Maha Suci Allah yang Menguasai (segala) kerajaan, dan Dialah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu;
2. Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan, untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun.
Surah al-Mulk (67): 1 – 2
وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (282)
Maksudnya:
282. …Dan bertakwalah kamu kepada Allah; Allah memberikan pengajaran kepadamu; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Surah al-Baqarah (2): 282



Wassalam

Saturday, April 14, 2012

Bala Bencana

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (Surah An-Nisa 4: Ayat 78)
Dari berbagai rangkaian musibah, ujian dan bala bencana yang menimpa manusia, adalah kerana perbuatan maksiat dan dosa mereka kepada Allah Swt dan RasulNya Selain itu mereka juga mendustakan ayat-ayat Allah, mengkufuri nikmat-nikmatNya dan menukarkan kenikmatan itu dengan kekafiran, serta para penguasa dan pembesar-pembesarnya menukar hukum Allah dengan hukum jahiliyah dan kecenderungan masyarakat memilih serta mengikuti tradisi nenek moyang dengan ajaran sesatnya yang menjauhkan diri dari hidayah dan Sunnah Rasulullah Saw.
Al Qur'an menjelaskan, membenarkan hal tersebut, Allah Swt berfirman:
"Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman." (QS. Al Qhashash, 28 : 59)
FirmanNya lagi:
"Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan." (QS. Hud : 117)
Photo by: (China Daily/Reuters)
Policemen and residents run as waves from a tidal bore surge past a barrier on the banks of Qiantang River in Haining, Zhejiang province Aug. 31. As Typhoon Nanmadol approaches eastern China, the tides and waves in Qiantang River recorded its highest level in 10 years, local media reported.
FirmanNya lagi:
"Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui." (QS. An Nisaa : 147)
FirmanNya lagi:
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya." (QS. Al Isra, 17 : 16)

FirmanNya lagi:
"Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh)." (QS. Al Isra, 17 : 58)

Photo by: (AFP/Getty Images)
Pakistani villagers evacuate household items in a flooded area of Umerkot on Sept. 16. The United Nations said that it was stepping up aid to Pakistan, where monsoon floods have killed 270 people, affected over 5.5 million others and destroyed 1.1 million homes

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu." (QS. As Syura, 42 : 30)

FirmanNya lagi:
"Dan Allah Telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat." (QS. An-Nahl, 16 : 112)

FirmanNya lagi:
"Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? Yaitu neraka Jahannam; mereka masuk kedalamnya; dan Itulah seburuk-buruk tempat kediaman." (QS. Ibrahim, 14 : 28-29)
Demikianlah diantara ayat-ayat Allah yang menerangkan sebab-sebab datangnya musibah dan bala bencana.

Rasulullah Saw juga menerangkan akan sebab-sebab musibah dalam haditsnya:
Berkata Ummu Salamah, istri Rasulullah Saw, aku mendengar Rasulullah Saw bersabda:
"Jika timbul maksiat pada ummatku, maka Allah akan menyebarkan azab-siksa kepada mereka." Aku berkata : Wahai Rasulullah, apakah pada waktu itu tidak ada orang-orang shalih? Beliau menjawab: "ada!". Aku berkata lagi: Apa yang akan Allah perbuat kepada mereka? Beliau menjawab: "Allah akan menimpakan kepada mereka azab sebagaimana yang ditimpakan kepada orang-orang yang berbuat maksiat, kemudian mereka akan mendapatkan keampunan dan keredhaan dari dari Rabbnya." (HR. Imam Ahmad)

Photo by: Boston Big Picture
Surging waves hit against the breakwater in Udono in a port town of Kiho, Mie Prefecture, central Japan, Sept. 21. A powerful typhoon was bearing down on Japan's tsunami-ravaged northeastern coast approaching a nuclear power plant crippled in that disaster and prompting calls for the evacuation of more than a million people.
Lima Sebab Datangnya Azab dan Siksa Allah
Rasulullah Saw bersabda:
"Bagaimana kalian apabila terjadi lima perkara, dan aku berlindung kepada Allah mudah-mudahan lima perkara itu tidak terjadi pada kamu atau kamu tidak menjumpainya, yaitu,
1.Tidaklah perbuatan zina itu tampak pada suatu kaum, dikerjakan secara terang-terangan, melainkan nampak dalam mereka penyakit ta'un dan kelaparan yang tidak pernah dijumpai oleh nenek moyang dahulu.
2.Dan tidaklah kaum itu menahan zakat, melainkan mereka ditahan oleh Allah turunnya hujan dari langit, andai kata tidak ada binatang ternak tentu mereka tidak akan dihujani.
3.Dan tidaklah kaum itu mengurangi takaran dan timbangan, melainkan mereka disiksa oleh Allah dengan kesengsaraan bertahun-tahun dan sulitnya meneruskan hidup dan menyelewengnya penguasa.
4.Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka itu menghukumi dengan selain kitab yang diturunkan oleh Allah, melainkan mereka akan dikuasai oleh musuh yang merampas sebagian kekuasaan mereka.
5.Dan tidaklah mereka itu mensia-siakan kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya, melainkan Allah menjadikan bahaya di antara mereka sendiri." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Sumber: MUSIBAH DAN BALA BENCANA ADALAH TEGURAN DARI ALLAH
Photo by: (Muhammed Muheisen/Associated Press)
Displaced Pakistanis wash their belongings in a flooded field in Mirpur Khas in Pakistan's Sindh province, after fleeing their flood-hit homes Sept. 23. In Pakistan's Sindh province alone, the floods have killed over 220 people, damaged or destroyed some 665,000 homes and displaced more than 1.8 million people, according to the United Nations. Neighboring Baluchistan province has also been affected.


فَلَمَّآ أَنجَٮٰهُمۡ إِذَا هُمۡ يَبۡغُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ‌ۗ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّمَا بَغۡيُكُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُم‌ۖ مَّتَـٰعَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا مَرۡجِعُكُمۡ فَنُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan.
(Surah Yunus 10: Ayat 23)
Photo : AP Photo/Muhammed uheisen

Lensa Hati

Lensa Hati adalah ruangan perkongsian foto oleh fotografer-fotografer serata dunia dari pelbagai jenis bidang fotografi. Foto atau gambar menceritakan 1001 macam kisah, tetapi Lensa Hati akan menekankan aspek kerohanian hati dari foto, yakni perkaitan dari foto kepada al-Quran mahupun Hadis Rasulullah S.A.W. dan apa jua perkara kebaikan darinya. Moga apabila kita melihat di alam realiti seperti foto yang dikongsikan di sini, lalu terbitlah ayat al-Quran atau Hadis dari benak hati kita.

sumber daripada : http://www.iluvislam.com/fotografi/lensa-hati/3754-fotografi-bala-bencana.html

Tuesday, April 10, 2012

RAHSIA Surah Al-Fatihah


Al-fatihah (pembukaan)
al-fatihah
Surah Ke 1 : 7 ayat
  1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Yang menguasai hari pembalasan.
  5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
  6. Tunjuklah kami jalan yang lurus.
  7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
KEHEBATAN AL-FATIHAH
  • RUKUN BAGI IBADAT SOLAT
Sabda Rasul: “tidak ada solat bagi orang yang tidak membacakan Al-Fatihah di dalamnya (solatnya)”. – dari Anas bin Malik r.a
  • PENYEMBUH PENYAKIT
Adbullah bin abas r.a. telah berkata, : Pada suatu hari, Husain bin Ali iaitu cucunda Rasulullah telah mengalami satu kesakitan yang menyebabkan nabi berdukacita. Lalu nabi mengambil satu bejana yang berisi air dan terus membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali”.
  • SURAH TERISTIMEWA UNTUK NABI MUHAMMAD S.A.W.
“Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan kepadaku sebuah surah (Al-Fatihah) yang tidak diturunkanNya kepada sesiapa pun daripada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumku”. – riwayat Ibnu Abbas
  • SETARAF DENGAN DUA PERTIGA AL-QURAN
  • SURAH TERAGUNG DI ANTARA SURAH-SURAH AL-QURAN
  • SURAH YANG SECARA LANGSUNG MEMBENTUK KOMUNIKASI AGUNG ANTARA MAKHLUK DAN PENCIPTA ALAM.
  • TIADA PERSAMAAN DALAM KITAB TAURAT, INJIL, ZABUR DAN AL-QURAN.

KOD METAMATIKA AL-FATIHAH
AYAT
JUMLAH HURUF
JUMLAH NILAI HURUF
1
19
1
786
21
3
2
18
9
582
15
6
3
12
3
618
15
6
4
11
2
241
7
7
5
19
1
836
17
8
6
19
1
1073
11
2
7
44
8
6010
7
7
142
7
10146
12
3
YANG TERSURAT & TERSIRAT…
1. Al-Fatihah terdiri dari 7 ayat. Diturunkan di Mekah, sebelum Rasul berhijrah. Surah yang PERTAMA turun dengan kandungannya yang melengkapi satu surah.
2. Al-Fatihah terdiri dari 142 huruf (1+4+2=7). Dan Al-Fatihah terbina dari 21 (3X7) huruf-huruf yang berbeza-beza. Ada 7 huruf yang tiada dalam surah ini iaitu:fa , jim, shin, tha,   thaw, kha  dan zay.
3. Ayat ke 4 adalah ayat yang ditengah-tengah pada surah ini, jumlah nilai huruf pada ayat ini adalah 241 @ 2+4+1=7.
4. Ayat akhir iaitu ayat 7 memiliki jumlah nilai huruf 6010 @ 6+0+1+0=7.
5. Huruf Zay yang memiliki nilai huruf 7 tidak muncul dalam surah ini.
6. Huruf Dzal yang memiliki nilai huruf 700 muncul sebagai huruf ke 7 dalam ayat yang ke 7.
7. Huruf Aliff adalah huruf yang paling banyak muncul dalam surah ini iaitu  25 (2+5=7) kali.
8. Surah ini dimulai dengan huruf BA (nilai huruf 2) pada ayat 1dan diakhiri dengan huruf NUN (nilai huruf 50) pada ayat 7. Maka 2+50=52 @ 7.
9. Al-Fatihah merupakan Surah Pertama di dalam Al-Quran (Pembuka Kitab). ‘Bismillahirrahmanirrahim’ merupakan ayat 1 dan terbina dengan susunan 19 huruf (1+9=10 = 1 @ ayat pertama).
10. Jumlah keseluruhan huruf ada 142 manakala jumlah nilainya adalah 10146, jika dihitung kesemuanya 1+4+2+1+0+1+4+6=19 @ 1 -Surah Pertama.
11. Selain ayat 1, pada ayat 5 & 6 bilangan huruf pada ayat-ayat tersebut juga adalah 19 huruf.
12. Jumlah nilai huruf keseluruhan surah BOLEH dibahagi dengan 19 iaitu 10146÷19=534 @ 5+3+4=12 = 3.
13. Ayat 1 dalam surah ini memiliki jumlah nilai huruf 786 @ 7+8+6=21= 3.
14. Jumlah nilai huruf keseluruhan surah adalah 10146 @ 1+0+1+4+6=12=3.
15. Ayat yang ke 3 terdiri daripada 12 huruf @ 1+2=3.
16. Huruf JIM yang memiliki nilai huruf 3 dan huruf SYIIN yang memiliki nilai huruf 300 tidak muncul dalam surah ini.
17. Huruf LAM yang memiliki nilai huruf 30 muncul 22 kali dalam surah ini. Maka 30 X 22 = 660 @ 6+6+0=12 = 3.
18. Nama “Al-Fatihah” terdiri dari huruf Aliff, Lam, Fa, Aliff, Ta, Haa dan HA memiliki nilai huruf 1+30+80+1+400+8+5=525 @ 5+2+5=12 = 3.
19. Terdapat 3 fasa penceritaan dalam Surah ini yang memiliki 7 ayat. 3 ayat pertama untuk Allah, 3 ayat akhir untuk manusia dan 1 ayat (yang di tengah) untuk Allah dan manusia.  Ini dinyatakan dalam sebuah hadis Qudsi riwayat AlTabrani yang bermaksud:
“Wahai Bani Adam!…Aku telah menurunkan kepada kamu 7 ayat. 3 daripadanya untuk-KU. 3 lagi untukmu. Sedangkan 1 untuk kita bersama.

Kita mungkin tahu apa itu surah Al-Fatihah dan kita mungkin boleh membacanya atau menghafal surat tersebut (mana yang tak boleh baca atau menghafalnya tak apa, pintu taubat masih terbuka), tetapi tahukah kita disebalik surah tersebut terdapat rahsia dan hikmatnya yang kita mungkin tidak tahu. Nak tahu rahsia dan hikmatnya?


Fatihah Seribu Faedah
Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:

i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.


Fatihah Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:

Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.


Fatihah Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.


Fatihah Sakit Mata
Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.


Fatihah Di atas Kapas
Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin
Allah.


Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
tak) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan


Dinding Dimasa Tidur
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad     -     3 kali
Qul A'uzubirabbil falaq        -     1 kali
Qul A'uzubirabbin Nas        -     1 kali
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.

Sama-samalah kita mengamalkannya..
sebaik-baik penawar ialah ayat alquran...
Related Posts with Thumbnails