Terkini


Salam sejahtera kepada semua pelawat-pelawat yang melayari blog ini,semoga anda mendapat manafaat dan sebagai wardah perkongsian ilmu.Sebarang cadangan atau ulasan yang membina amat-amat di alukan.Terima Kasih.


Monday, March 5, 2012

Amalan Yang Berkekalan..


"Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah yang berkekalan , atau Ilmu yang dimanfa'atkan oleh orang , anak yang soleh yang mendoakannya. " (diriwayat oleh Muslim).

Salah satu dari dasar pokok didalam Islam ialah balasan seseorang itu adalah mengikut amalan-amalan yang dilakukan semasa hidupnya sahaja dan ia tidak boleh ditolong dengan amalan-amalan orang lain selepas matinya kecuali dari sumber-sumber amalannya sendiri yang menghasilkan kebajikan dan manfa'at yang berkekalan kepada orang lain selepas matinya


yakni amalan-amalan dalam bentuk wakwf yang memberi faedah yang berkekalan atau dalam bentuk Ilmu-ilmu pengetahuan keterampilan dan rekaan-rekaan yang dapat diambil manfa'at oleh orang lain, juga dalam bentuk doa-doa dari anak-anaknya yang soleh.

Hadith ini menjelaskan kelebihan amalan-amalan sedekah jariah, ilmu-ilmu yang berguna dan anak yang soleh. Inilah pelaburan-pelaburan yang menjamin keuntungan di akhirat yang berkekalan walaupun selepas mati , kerana ia merupakan hasil usahanya sendiri.


Dalam sebuah Hadis yang lain diperinci lebih banyak lagi jenis-jenis amalan yang mendatangkan pahala yang tidak berkeputusan. Hadis itu bermaksut:


"Sesungguhnya pahala amalan dan kebajikan yang dicapai oleh seseorang mu'min selepas matinya ialah ilmu pengetahuan yang disebarinya atau anak

soleh yang ditinggalnya atau naskah Quran yang dipusakakannya atau masjid yang dibinakannya atau rumah tumpangan perantau yang dirikan atau
sungai yang dialirkannya atau derma yang dikeluarkan dari hartanya dalam masa sihatnya dan dalam masa hidupnya akan diperolihi pahalanya selepas matinya"

(diriwayat oleh Ibnu Majah)



Sebetulnya hadis yang panjang ini merupakan pentafsir kepada hadis yang pertama kepada pemberian senaskah Al Quran,pembinaan masjid dan rumah tumpangan perantau dan pengaliran sungai termasuk dalam istilah sedekah jariah belaka.


Rasulullah saw. Dan para sahabatnya telah membuat wakaf-wakaf dalam bentuk membina masjid-masjid , pemberian kawasan-kawasan tanah, perigi, kebun-kebun, kuda-kuda, dan amalan wakaf seperti itu telah dilakukan oleh

umat Islam dimerata tempat sehingga hari ini.


Dalam hadis pertama disebut "anak yang soleh yang mendoakannya". Sedangkan dalam hadis yang kedua disebut "anak soleh yang ditinggalkannya" sahaja tampa menyebut mendoakannya. Ini menunjukkan bahawa doa itu bukanlah satu-satunya kebajikan yang boleh disampaikan oleh sianak kepada orang tuanya, malah kelahiran anak yang soleh dalam sebuah masyarakat itu sendiri merupakan satu sumber kabajikan yang besar kepada orang ramai yang akan sampai pahalanya kepada orang tuanya kerana dialah yang menjadi pemimpin, penyumbang hidayah, pembela agama, penyaran kebaikan dan pencegah kajahatan dan kerana setiap anak yang soleh itu tidak akan lupa mendoakan orang tuanya yang meninggal kelak. Dalam hadis yang lain terdapat kenyataan bahawa setiap amalan kebajikan yang dilakukan sianak dengan niat disampaikan pahalanya kepada orang tuanya akan disampaikan Allah. Sekiranya kita mengharapkan doa anak-anak kita satu waktu nanti , sekarang apakah tugas kita sebagai anak kepada kedua ibubapa kita ?.


Sekarang adakah kita sudah menjadi anak yang solah seperti yang dikehendaki. Berapa banyak sedekah kita,berapakah banyak kah ilmu yang kita ajarkan kepada orang dan selalukah kita doakan untuk kedua orang tua kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails