Terkini


Salam sejahtera kepada semua pelawat-pelawat yang melayari blog ini,semoga anda mendapat manafaat dan sebagai wardah perkongsian ilmu.Sebarang cadangan atau ulasan yang membina amat-amat di alukan.Terima Kasih.


Friday, July 20, 2012

Ibadah Puasa.

Niat

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah 

dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat 
kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang
 mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu
 berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa
 niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut 
Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah 
dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap 
malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa yang sempurna:
Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan
 fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"

Lafaz niat untuk sebulan:
Maksudnya: "Sahaja aku puasa sebulan kerana Allah Taala"

Keterangan-keterangan mengenai niat berpuasa :
1.
Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardu seperti
Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya.
2. Wajib dilakukan pada waktu malam bagi puasa wajib.
Ada pun puasa sunat boleh diniatkan pada siang
hari dengan dua syarat. Pertama, masanya sebelum
tergelincir matahari. Kedua, belum melakukan sesuatu
yang membatalkan puasa.
3. Menurut Imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap
malam. Imam Malik pula berpendapat, boleh niat puasa
sekalian Ramadhan dengan sekali niat pada awal
Ramadhan(malam pertama). Dan berhubung
dengan pendapat
Imam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah
 diharuskan bertaklid dengannya.
ADAB - ADAB KETIKA BERPUASA
Sesetengah daripada adab-adab yang
 baik bagi menambahkan kesempurnaan 
dan pahala puasa ialah :
1. Jangan banyak berludah .
2. Jangan membuang masa dengan berbual
 kosong, main terup, main dam dan sebagainya.
3. Menghindarkan diri daripada melihat 
perkara-perkara yang haram.
4. Menjauhkan diri daripada sebarang 
pendengaran yang haram.
5.
Jangan mengeluarkan perkataan-perkataan
yang mencarut atau kotor..
6. Menjaga tangan dari melakukan perbuatan
haram dan menahan kaki daripada
berjalan ke tempat-tempat maksiat.
7. Jangan berlebih-lebihan makan dan
minum ketika berbuka puasa.
8. Jangan boros dalam perbelanjaan
 makan minum dan sebagainya. 
9. Jangan banyak tidur, terutamanya waktu siang hari.



PERKARA-PERKARA YANG MENGHARUSKAN BERBUKA PUASA
Diharuskan berbuka puasa jika berlaku perkara-perkara berikut :
1. Kedatangan haid atau nifas(wajib berbuka) .
2. Sakit yang membahayakan.
3. Sakit yang tiada harapan sembuhnya.
4. Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan -- mencemaskan.
5.
Dalam perjalanan(safar) sejauh dua marhalah (kira-kira 60 batu) atau lebih .
6. Tua yang tiada kuasa(daya) berpuasa.
7. Kandungan dalam perut bagi perempuan.
8. Ibu yang menyusukan anak kecil .


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 

Puasa akan batal dengan salah satu daripada 
perkara di bawah ini :
1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam 
rongga yang terbuka dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) 
atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .
3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .
4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
5.
Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan
 jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium
dan sebagainya.
6. Kedatangan haid atau nifas.
7. Gila walaupun hanya sekejap masa.
8. Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari,
 dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
9. Bersalin.
10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
11. Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam,
 sama ada dengan hati, perkataan
atau perbuatan.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA
Puasa tidak akan batal dengan perkara- perkara di bawah ini :
1. Menelan air liur yang bersih dan dimaafkan
 orang yang gusinya selalu berdarah .
2. Bersuntik .
3. Termasuk debu atau tepung halus ke dalam rongga.
4. Termasuk alat atau nyamuk dan seumpamanya
 ke dalam rongga.
5.
Termasuk air berkumur-kumur atau air yang dihisap
ke hidung dengan tidak bersangatan.
6. Termasuk air mandi wajib atau mandi sunat, tetapi
batal puasa jika mandi bersejuk-sejuk
dan bersukaria.

PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH KETIKA BERPUASA
 Perkara-perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa adalah seperti berikut :
1. Menggosok gigi selepas gelincir matahari .
2. Merasa makanan - kerana takut sampai ke dalam rongga.
3. Memamah sesuatu - kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.
4. Mencium atau mengucup isteri.
5.
Banyak berkumur-kumur .
6. Mengelurkan darah seperti berbekam dan lainnya.                       


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails