SAINS DAN SOLAT
Sains Solat
"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap
dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang
Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang
kamu) dengan taat dan khusyuk." (Al-Baqarah:238)
RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada
mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan
letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita
manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah
tangan.
Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas
kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus
ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang
dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot
kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki.
Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang
kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi
dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah
secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu,
lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara
dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan
tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita
memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen
yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan
memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

KAJIAN SAINS DAN SOLAT
Ibadat
Solat difardukan ke atas setiap muslimin dan muslimat bagi menunjukkan
kepatuhan penuh ikhlas seorang hamba terhadap KhaliqNya Yang Maha Agung.
Solat yang ditunaikan dengan rasa khusyuk, tawaduk dan hanya
mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata, akan membuahkan
kenikmatan dan rahmat yang memenuhi segala aspek kehidupan dunia dan
akhirat.
Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki
hikmah dan kesan terapeutik perubatan daripada pergerakan ibadat solat
yang sempurna kepada kesihatan manusia. Solat sebagai suatu aktiviti
fizikal unik yang ditunaikan secara berterusan memainkan peranan penting
dalam memelihara keseinambungan sistem fisiologikal manusia yang
meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi.
HASIL-HASIL PENYELIDIKAN
Kebaikan Dari Perspektif Sains ini diterbitkan untuk menerangkan
beberapa keputusan kajian mengenai kesan pergerakan solat yang sempurna
kepada kesihatan tu buh badan yang merangkumi aspek-aspek seperti sistem
kardiovaskular, komposisi tubuh badan, aktiviti gelombang otak ketika
bersolat and postur badan yang optimum.
Dengan memahami hikmah dan kebaikan yang
dizahirkan daripada pergerakan solat yang sempurna, akan merangsang
muslimin dan mulimat dalam menunaikan ibadat solat dengan khusyuk dan
tawaduk. Semoga buku ini ada manfaatnya bagi kita semua dalam memahami
hikmah dan kebaikan kesihatan disebalik ibadah solat kita, insya Allah.
Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Holisitik: Ini adalah rentetan dari buku bertajuk ” Solat Kebaikan dari
Perspektif Sains”. Dalam buku ini, kami mengupas pencegahan penyakit
jantung dari perspektif sains perubatan dan juga perspektif Islam dan
solat. Di sini jelas kelihatan bahawa selain daripada sains perubatan
moden, gaya hidup Islam sangat praktikal untuk diamalkan dalam kehidupan
seharian kerana ia adalah petunjuk daripada Pencipta kita yang
mengurniakan kita manual kehidupan (al-Quran) dan juruteravyang telah
menunjukkan bagaimana kita melaksanakan secara praktik (Nabi Muhammad
SAW).
Dapat dirumuskan bahawa amalan yang
disyorkan dan dipraktikkan oleh sains perubatan moden adalah suatu
amalan yang sememangnya telah disyorkan dalam gaya hidup Islam.
Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat :Kajian
kami telah membuktikan bahawa postur dan pergerakan solat dapat
membantu dalam pemulihan sakit pinggang tidak spesifik. Terapi postur
dan pergerakan solat ini bukan sahaja membantu penghidap sakit pinggang
berbangsa Melayu tetapi juga membawa kebaikan kepada penghidap berbangsa
lain, jika mereka mengamalkan senaman yanng menyerupai postur dan
pergerakan solat, iaitu postur berdiri tegak dan pergerakan rukuk.
Senaman & Regangan Solat:
Komponen-komponen dalam gerakan solat yang dilakukan secara
terus-menerus memberikan kesan yang positif dan bermanfaat kepada tubuh
manusia sama ada daripada aspek fizikal mahupun emosi.
kami telah mengupas mengenai pergerakan dan postur solat serta
persamaannya dengan senaman yang diperakukan pakar. kajian kami
membuktikan bahawa gerakan otot-otot semasa solat mampu memperbaiki
keanjalan dan kekuatan otot sendi.
No comments:
Post a Comment