"Kamu
(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah
(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman)." – (Surah ali-Imran, ayat 110)
17 Golongan Mendapat Hidayah Disebut Dalam Al-Quran
1-Satu kewajipan pada Allah SWT yang perlu disempurnakan. Surah Al-Lail, ayat : 12.
"Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah)."
2-Hidayah terdapat dimana-mana dan dapat menyelamatkan manusia. Surah Taha, ayat 10 dan 20.
Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya:
"Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa
kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu:
penunjuk jalan.
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
3-Hidayah tidak akan diberi kepada kaum yang telah disesatkan. Surah An-Nahl, ayat : 37.
Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka
beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah
petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya; dan tiadalah bagi
mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
4-Hidayah daripada Allah SWT adalah amat benar. Surah Al-Baqarah, ayat : 120 dan Surah Ali Imran, ayat : 73.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju
atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka
(yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya
petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi
sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah
datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran),
maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat
mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Dan (mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan
kepada orang-orang yang mengikut ugama kamu". Katakanlah (wahai
Muhammad): "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk
Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan
diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau
mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di
tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah
Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.
5-Hidayah akan membawa ke Jalan Yang Lurus. Surah Al-Anam, ayat :87 dan 88.
Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek
mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan
saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami
tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia
memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka
sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari
mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).
6-Hidayah daripada Allah SWT memerlukan penjelasan daripada Allah SWT. Surah An-Nisa', ayat : 115.
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang
nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula
mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan
memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan
(pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka
jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
7-Hidayah akan mudah diterima jika tidak ada perkara yang menghalang. Surah Al-Kahfi, ayat : 57.
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi
ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa
akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya
(disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan
berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya,
dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan
mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka
dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh
hidayah petunjuk selama-lamanya.
8-Orang yang mendapat hidayah akan bertambah ketaqwaan atau perasaan takut kepada Allah SWT. Surah Muhammad, ayat : 17.
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan
yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta
memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.
9-Hidayah tidak akan diberikan kepada mereka yang memiliki sifat zalim. Surah Al-Qasas, ayat : 50.
Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai
Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa
nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut
hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah.
Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang
berdegil dalam keingkarannya).
10-Tidak semua manusia yang akan mendapat Hidayah daripada
Allah SWT, hanya mereka yang dipilih oleh Allah SWT sahaja yang akan
mendapat hidayah daripada Allah SWT. Surah Al-An'am, ayat : 35.
Dan jika perbuatan mereka berpaling (daripada menerima apa yang
engkau bawa wahai Muhammad) terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya
engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya)
atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat bawakan
mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup). Dan
sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia himpunkan mereka atas hidayah
petunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau
menjadi dari orang-orang yang jahil.
11-Golongan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah SWT. Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab
persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang
disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah
orang-orang yang rugi.
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah
yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang
disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka,
penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka
pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya,
dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka
Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka
dengan api yang menjulang-julang.
12-Golongan yang memperolehi pengajaran daripada kisah-kisah
Nabi serta kitab-kitab yang Allah SWT utuskan. Surah Al-Hadid ayat 26.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi
Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang
berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; maka sebahagian di
antara mereka: orang yang beroleh hidayah petunjuk, dan kebanyakan
mereka orang-orang yang fasik – derhaka
13-Golongan yang hatinya tidak tertawan dengan tawaran dunia yang merugikan. Surah Al-Baqarah ayat 16.
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan
meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan
tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
14-Golongan yang menyembah Allah SWT dan tidak mengikut hawa nafsu. Surah Al-An'am ayat 65, 55 dan 56.
Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu
(supaya jelas jalan yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang
yang berdosa.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah
mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah". Katakanlah lagi: "Aku
tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya
sesatlah aku, dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk".
Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab
seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu,
atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak,
dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan
kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan
ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai
cara, supaya mereka memahaminya.
15-Golongan yang tidak membunuh anak dan tidak menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan.Surah Al-An'am ayat 140.
Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka
kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi
rezeki kepada sekalian makhluknya), dan juga (rugilah orang-orang yang)
mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan
berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka, dan tiadalah
mereka mendapat petunjuk.
16-Bersedia dan redha dengan pemberian dan dugaan Allah SWT. Surah Al-An'am ayat 82.
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka
dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat
keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
17-Golongan yang tidak mengharapkan balasan sesama manusia. Surah Yasin ayat 20 dan 21.
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki
dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan
katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu
balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
"Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah(Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul."
(Surah Al-Isra 17: Ayat 15)
No comments:
Post a Comment