Terkini


Salam sejahtera kepada semua pelawat-pelawat yang melayari blog ini,semoga anda mendapat manafaat dan sebagai wardah perkongsian ilmu.Sebarang cadangan atau ulasan yang membina amat-amat di alukan.Terima Kasih.


Wednesday, January 25, 2012

Salam Maulidul Rasul





Di sini saya mula bicara bermula dengan bulan Rabiulawal, kerana dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut hari yang mana Nabi Muhammad di lahirkan dimanakan Maulidur Rasul, yang disambut pada setiap tahun oleh masyarakat Islam amnya di Malaysia ini.
Rabi’ ertinya musim bunga. Bulan ini dinamakan demikian adalah kerana boleh dikatakan segala pokok dan tanaman berbunga dalam bulan-bulan ini. Bulan Rabi’ mengandungi dua bulan iaitu Rabiulawal dan Rabiulakhir yang terjadi di antara musim sejuk dan musim panas.
Rabiulawal

Rabiulawal adalah bulan ketiga mengikut kalendar Islam. Ia amat terkenal di kalangan masyarakat Islam kerana dalam bulan inilah berlakunya kelahiran, kebangkitan menjadi Rasulullah, hijrah dan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Kelahiran Nabi Muhammad s.aw.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada tanggal 12hb Rabiulawal tahun 571 masihi bersamaan Tahun Gajah.
Ketika Aminah sedang sarat mengandungkan baginda Nabi s.a.w. beliau terdengar suara berkata padanya:
“Kau sedang mengadung ketua kaum ini dan apabila anak itu lahir, katakanlah, “Aku serahkan anak ini dalam jagaan Yang Esa daripada gangguan setiap yang jahat,” kemudian namai dia Muhammad.”
Maka pada subuh hari tersebut Aminah pun melahirkan Muhammad ke dunia ini sebagai anak yatim, ayah Muhammad, Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia semasa baginda masih di dalam kandungan lagi.
Sebaik sahaja Aminah melahirkan Muhammad, beliau pun orang memanggilkan Abdul Mutalib. Abdul Mutalib sangat gembira menerima kelahiran cucunya itu. Lalu beliau terus mendukung Muhammad dan dibawanya ke ka’bah. sambil berdiri di sisi Hubal, Abdul Mutalib berdoa dan bersyukur ke hadrat Allah.
Sewaktu dilahirkan, Nabi Muhammad mempunyai keganjilan daripada bayi-bayi yang lain. Baginda berkeadaan tertiarap. kedua-dua tangannya tertunjang ke bumi, kepala tengadah diangkatnya ke atas, dan baginda sudah pun dikhatan dan telah putus tali pusatnya dengan kuasa Ilahi.
Mauludin Nabi s.a.w.

Mulai bulan Rabiulawal hinggalah ke bulan Jamadilakhir, setiap tahun, di mana-mana saja di daerah nusantara ini, dan lain-lain tempat dalam dunia Islam, umat muslimin bergembira merayakan hari keputeraan Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Di kalangan umat Islam yang berbangsa Melayu, perayaan Maulud ini disambut secara besar-besaran, baik di kampung-kampung, di bandar-bandar atau sebagainya. Besar kecilnya sambutan itu mengikut kemampuan orang yang mengadakannya.

Di kampung-kampung biasanya, perkumpulan diadakan di surau-surau atau masjid-masjid, dan dibacakan rawi kehidupan Nabi s.a.w. (berzanji). Sementara di bandar-bandar dan kawasan perumahan pula sambutan diadakan agak lebih meriah lagi dengan mengadakan perhimpunan yang disulami dengan syarahan-syarahan yang bermanfaat.

Perayaan ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa umat Islam bersyukur kepada Allah di atas limpah kurnia-Nya melantik Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Nabi dan Rasul-Nya. Nabi s.a.w. yang diutus untuk menyeru ke jalan kebaikkkan dan menegah daripada jalan kejahatan tanpa menyekutukan sesesuatu pun kepada Allah Maha Pencipta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails