Terkini


Salam sejahtera kepada semua pelawat-pelawat yang melayari blog ini,semoga anda mendapat manafaat dan sebagai wardah perkongsian ilmu.Sebarang cadangan atau ulasan yang membina amat-amat di alukan.Terima Kasih.


Sunday, July 1, 2012

SAINS DAN SOLAT

SAINS DAN SOLAT

Sains Solat

"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk." (Al-Baqarah:238) 
 
 
RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
 
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada 
mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan 
letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita 
manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah 
tangan. 

 
Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas 
kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus 
ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang 
dan tulang tungkin. 

 
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot 
kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. 
Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang 
kita gerakkan. 

 
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi 
dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah 
secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, 
lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi. 
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara 
dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan 
tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita 
memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. 
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen 
yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan 
memastikan kesihatan tubuh badan kita. 

 
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu 
menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. 
 

KAJIAN SAINS DAN SOLAT

 

Ibadat Solat difardukan ke atas setiap muslimin dan muslimat bagi menunjukkan kepatuhan penuh ikhlas seorang hamba terhadap KhaliqNya Yang Maha Agung. Solat yang ditunaikan dengan rasa khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata, akan membuahkan kenikmatan dan rahmat yang memenuhi segala aspek kehidupan dunia dan akhirat.

Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki hikmah dan kesan terapeutik perubatan daripada pergerakan ibadat solat yang sempurna kepada kesihatan manusia. Solat sebagai suatu aktiviti fizikal unik yang ditunaikan secara berterusan memainkan peranan penting dalam memelihara keseinambungan sistem fisiologikal manusia yang meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi.

HASIL-HASIL PENYELIDIKAN

Kebaikan Dari Perspektif Sains ini diterbitkan untuk menerangkan beberapa keputusan kajian mengenai kesan pergerakan solat yang sempurna kepada kesihatan tu buh badan yang merangkumi aspek-aspek seperti sistem kardiovaskular, komposisi tubuh badan, aktiviti gelombang otak ketika bersolat and postur badan yang optimum.

 

Dengan memahami hikmah dan kebaikan yang dizahirkan daripada pergerakan solat yang sempurna, akan merangsang muslimin dan mulimat dalam menunaikan ibadat solat dengan khusyuk dan tawaduk. Semoga buku ini ada manfaatnya bagi kita semua dalam memahami hikmah dan kebaikan kesihatan disebalik ibadah solat kita, insya Allah.



 Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Holisitik: Ini adalah rentetan dari buku bertajuk ” Solat Kebaikan dari Perspektif Sains”. Dalam buku ini, kami mengupas pencegahan penyakit jantung dari perspektif sains perubatan dan juga perspektif Islam dan solat. Di sini jelas kelihatan bahawa selain daripada sains perubatan moden, gaya hidup Islam sangat praktikal untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kerana ia adalah petunjuk daripada Pencipta kita yang mengurniakan kita manual kehidupan (al-Quran) dan juruteravyang telah menunjukkan bagaimana kita melaksanakan secara praktik (Nabi Muhammad SAW).
Dapat dirumuskan bahawa amalan yang disyorkan dan dipraktikkan oleh sains perubatan moden adalah suatu amalan yang sememangnya telah disyorkan dalam gaya hidup Islam.

 

Sakit Pinggang: Kaedah  Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat :Kajian kami telah membuktikan bahawa postur dan pergerakan solat dapat membantu dalam pemulihan sakit pinggang tidak spesifik. Terapi postur dan pergerakan solat ini bukan sahaja membantu penghidap sakit pinggang berbangsa Melayu tetapi juga membawa kebaikan kepada penghidap berbangsa lain, jika mereka mengamalkan senaman yanng menyerupai postur dan pergerakan solat, iaitu postur berdiri tegak dan pergerakan rukuk.

 

Senaman & Regangan Solat: Komponen-komponen dalam gerakan solat yang dilakukan secara terus-menerus memberikan kesan yang positif dan bermanfaat kepada tubuh manusia sama ada daripada aspek fizikal mahupun emosi.  kami telah mengupas mengenai pergerakan dan postur solat serta persamaannya dengan senaman yang diperakukan pakar. kajian kami membuktikan bahawa gerakan otot-otot semasa solat mampu memperbaiki keanjalan dan kekuatan otot sendi.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails